MELAKA: Seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat, atas tuduhan merogol dan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
Muhammad Isa Muhaimim Mohamad Fauzi, 18, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.
Berdasarkan tiga pertuduhan di hadapan hakim, dia didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Limbongan Permai di sini, antara September 2022 hingga Mei lalu.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, video berkenaan dirakamkan antara tertuduh dan kekasihnya.
Sementara pertuduhan di hadapan Sharda, tertuduh didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi video lucah dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, pada 10 malam, 5 Mei lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 manakala J. Banusha pula mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.
Bagaimanapun tertuduh diwakili Peguam Goh Chin Han, merayu jaminan rendah dikenakan terhadap tertuduh yang tidak bekerja kerana baharu tamat persekolahan selain hanya bergantung kepada pendapatan bapanya sebagai pemandu lori.
Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000 selain menetapkan 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. -- Sinar Harian
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 12 2023
![Pelajar lepasan SPM didakwa rogol, simpan video lucah kekasih Pelajar lepasan SPM didakwa rogol, simpan video lucah kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683881852_PelajarlepasanSPM.jpg)
Muhammad Isa Muhaimim (dua,kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah di sini, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
Marcelo umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
![Pelajar lepasan SPM didakwa rogol, simpan video lucah kekasih Pelajar lepasan SPM didakwa rogol, simpan video lucah kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683881852_PelajarlepasanSPM.jpg)
Pelajar lepasan SPM didakwa rogol, simpan video lucah kekasih
Seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa atas tuduhan merogol dan memiliki video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
![KPM akan umum data pelajar lepasan SPM tidak lanjutkan pelajaran KPM akan umum data pelajar lepasan SPM tidak lanjutkan pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660477900_RadziJidin.jpg)
KPM akan umum data pelajar lepasan SPM tidak lanjutkan pelajaran
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan data sebenar jumlah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melanjutkan pelajaran dalam tempoh terdekat.
![Remaja rugi RM18,000 diperdaya pembelian iPhone murah dalam talian Remaja rugi RM18,000 diperdaya pembelian iPhone murah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620225312_scmageneric.jpg)
Remaja rugi RM18,000 diperdaya pembelian iPhone murah dalam talian
Mangsa telah membuat beberapa lagi transaksi bayaran berjumlah RM12,000 ke tiga akaun bank tempatan milik individu berbeza sebagaimana arahan peniaga itu.