GUA MUSANG: Perut seorang pelajar tingkatan satu tembus dipercayai tertusuk buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara dikatakan mengalami kecederaan parah selepas tertusuk buluh berukuran dua meter sehingga menembusi perutnya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan untuk memancing dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.
"Setiba di lokasi kejadian, mangsa telah terlanggar belakang sebuah trak pikap dengan muatan buluh yang sedang diparkir di tepi jalan.
“Salah satu batang buluh berukuran dua meter telah tertikam menembusi perut pelajar terbabit," katanya semasa dihubungi pada Rabu.
Menurut beliau, mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 099121222 019-9710976,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai. - Gambar/ Sinar Harian

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Pelajar lelaki parah, perut tertusuk buluh
Seorang pelajar cedera perut ditembusi buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi jalan.