Prihatin dengan masalah kecurian motosikal, dua pelajar tampil dengan idea mencipta peranti untuk menghidupkan motosikal menggunakan alat imbasan jari.
Ciptaan pintar itu dihasilkan dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok, Wan Amiruddin Wan Amran, 19, dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19, sekali gus berjaya memenuhi projek tahun akhir mereka.
Wan Amiruddin berkata, projek yang dinamakan 'Fingerprint Bike Starter' itu terhasil selepas melihat banyak kecurian motosikal yang berlaku ketika ini.
"Sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan 'Fingerprint Bike Starter' ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja.
"Setiap 'Fingerprint Bike Starter' boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan dan hanya pemilik sah yang direkodkan sahaja boleh menghidupkan motosikal sekaligus mengelak kecurian motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program 'Inreach Fair and KV Skills Competition' 2019 di KV Bachok, Tangok pada Rabu.
Wan Amiruddin berkata mereka berdua mengambil masa enam bulan untuk mencipta sistem itu termasuk membina prototaip dan menguji sistem pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik.
"Gerak kerja ini melibatkan beberapa cabaran terutamanya memasukkan sistem kod yang diaplikasi kepada mesin peralatan dan pengaturcaraan serta sistem menghidupkan motosikal dan kereta yang ada butang elektronik boleh menggunakan cap jari," katanya.
Kedua-dua mereka membelanjakan kira-kira RM500 untuk membangunkan projek berkenaan dan yakin inovasi komponen yang dicipta itu boleh dipasarkan secara komersial.
Sementara itu, Adeeb Aideen berkata ciptaan mereka menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari yang diperolehi dari luar negara.
Katanya sehingga kini mereka sudah menerima tempahan memasang sistem keselamatan itu dalam kalangan pelajar dan pensyarah kolej dan mampu menyiapkan satu pemasangan dalam tempoh 12 hari.
Sementara itu, Pengarah KV Bachok Rusli Idris berkata ciptaan kedua-dua pelajar itu akan dipatenkan sebagai hak eksklusif bertujuan menambahkan lagi nilai komersial produk berkenaan pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019
Kata Wan Amiruddin, sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan 'Fingerprint Bike Starter' ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PILKADA 2024: Kawasan panas & figura politik tumpuan
Eksekutif, Penyelidikan & Khidmat Nasihat, KRA Group Ahmad Fedullah berkongsi unjuran beliau berkenaan kawasan-kawasan panas dan figura politik yang menjadi tumpuan pada Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024.
Tambah baik fasiliti, Jadikan Ngoca bertaraf antarabangsa
Ahli Parlimen Kuala Pilah mencadangkan kementerian menyediakan peruntukan bersesuaian untuk naik taraf stadium bola ngoca di Kuala Pilah. “Jadikan Pesta Bola Ngoca acara sukan bola antarabnagsa bagi merancakkan ekonomi dan peluang pendapatan untuk masyarakat setempat” Katanya.
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Ciri Recents di Spotify diperkenal, simpan sejarah dengar lagu selama 90 hari
Recents akan mengintegrasikan sejarah mendengar lagu, podcast, dan buku audio.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Bencana banjir: Jambatan Teladas Lama penanda aras untuk Kemaman
Bagi meninjau situasi banjir di Kemaman, Terengganu, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil.
Kerajaan sasar tingkat pengecas DC hingga 1500 unit
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah meningkatkan sasaran untuk pengecas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) dari 1000 ke 1500 unit.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
[TERKINI] Kes buli UPNM: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Lima Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes buli diambil tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Pelajar hasilkan peranti imbas cap jari hidupkan motosikal
Wan Amiruddin berkata, projek yang dinamakan 'Fingerprint Bike Starter' itu terhasil selepas melihat banyak kecurian motosikal yang berlaku ketika ini.