BACHOK: Lebih 10 tawaran pengajian dan biasiswa diterima oleh pelajar cemerlang 11A, Muhammad Syahril Saidi setakat ini.
Muhammad Syahril, 18, berkata, tawaran itu antaranya daripada Petronas, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan kerajaan negeri.
“Beberapa universiti awam termasuk Universiti Malaya juga ada menawarkan saya untuk menyambung pengajian di tempat mereka.
“Tak sangka terlalu banyak tetapi alhamdulillah dan saya belum lagi membuat apa-apa keputusan untuk memilih yang mana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis dekat sini.
Pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang itu baharu kematian ibu tersayang, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, akibat angin ahmar pada Sabtu lalu, dua hari selepas menerima khabar gembira keputusan SPM.
“Sebelum ini saya berhasrat menyambung pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok bagi mendapatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan berada lebih dekat untuk menjaga ibu yang sakit.
“Apa-apa pun saya akan berbincang dengan keluarga dan guru selepas ini bagi memilih tawaran yang bersesuaian,” ujarnya.
Dalam pada itu, anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, kejayaan yang diraih berkat pengorbanan arwah ibu, adik-beradik dan ibu bapa saudaranya yang tidak henti-henti mendorong dia supaya menuntut ilmu.
“Mereka yang sepatutnya diraikan. Saya amat berterima kasih kerana merekalah yang membantu menguruskan ibu sepenuhnya ketika saya bersekolah.
“Saya tidak mampu untuk menghadapi semua ini seorang diri dan amat menghargainya,” ujarnya.
Kisah Muhammad Syahril tular selepas meraih kejayaan cemerlang namun tidak dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan kerana menjaga ibunya.
Bahkan bakti Muhammad Syahril terhadap syurganya itu terus menarik perhatian umum apabila dia sendiri mengimamkan solat jenazah Allahyarham ibunya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023
Muhammad Syahril (tengah) ketika menerima kunjungan pelbagai pihak selepas kisahnya tular. - Gambar/ Sinar Harian
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau - Zambry
Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi
Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang - Fadhlina
KPM akan bergerak secara agresif bersama KPT bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan SPM dalam program Matrikulasi.
Bakti pelajar cemerlang SPM kepada ibu hingga ke liang lahad
Bakti pelajar cemerlang 11A SPM Muhammad Syahril Saidi terhadap ibunya hingga ke akhir hayat selepas wanita itu selamat dikebumikan pada Ahad.
Biro Kebajikan UMNO sedia bantu Farah Marcella - Shamsul
Biro Kebajikan UMNO akan membantu pelajar pintar, Farah Marcella yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun terpaksa menumpang di pusat snuker.