Walaupun True Group telah tampil memberikan jaminan bahawa gaji serta komisyen tertunggak yang sepatutnya diberikan kepada pekerja-pekerja True Fitness Malaysia akan dibayar, pekerja-pekerja syarikat tersebut masih ragu terhadap janji itu.
Bekas pengurus pelatih peribadi True Fitness Malaysia, Shahrulhamiri Sharudin berkata jaminan itu tampak tidak ikhlas.
"Saya rasa jaminan untuk membayar gaji kami ini adalah tidak ikhlas. Saya berkata demikian kerana pihak pengurusan atasan tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi saya atau kakitangan lain secara peribadi untuk memaklumkan kepada kami tentang pembayaran gaji ini. Mereka mempunyai nombor telefon kami.
"Apabila pihak media menulis tentang nasib kami, barulah mereka keluarkan kenyataan ini. Saya rasa seperti mereka hanya cuba untuk menenangkan keadaan.
“Tetapi kami akan menyimpan kenyataan ini sebagai bukti supaya mereka menunaikan janji mereka,” katanya kepada Astro AWANI melalui satu mesej WhatsApp.
Seorang lagi bekas pekerja pusat kecergasan tersebut, David Thoong, berkata beliau ragu-ragu terhadap motif dan keikhlasan syarikat itu.
“Saya ragu-ragu terhadap keikhlasan mereka kerana mereka hanya memberi respon selepas kita memberitahu masalah kita di media sosial. Walau bagaimanapun, kita akan sabar menunggu mereka menunaikan janji.
“Tetapi kami mempunyai hak untuk memperbesarkan isu ini sekali lagi jika mereka tidak menunaikan janji mereka,” kata bekas Pengurus Senaman Kumpulan itu.
Bekas eksekutif kawalan kredit True Fitness, S. Tina Malini pula berkata syarikat itu hanya mahu mengalihkan tumpuan pekerja-pekerja dari berjuang untuk hak mereka.
Tambahnya, mereka tetap akan memperjuangkan hak masing-masing sementara menunggu gaji yang dijanjikan.
Semalam, dilaporkan bahawa True Group yang memiliki True Fitness Malaysia, telah tampil memberikan jaminan bahawa gaji serta komisyen tertunggak yang sepatutnya diberikan kepada pekerja-pekerjanya, akan dibayar oleh syarikat itu.
Ia turut dilaporkan bahawa gaji serta komisyen telah dihantar kepada semua kakitangan dan akan diterima pada 19 Jun.
Semalam, lebih 50 bekas pekerja True Fitness Malaysia tampil di Jabatan Tenaga Kerja, Subang Jaya untuk memfailkan aduan selepas pusat kecergasan itu menutup operasinya di sini.
Ini ekoran pekerja-pekerja tersebut kecewa kerana didakwa tidak diberikan notis terlebih dahulu mengenai penutupannya yang berkuatkuasa mulai 10 Jun.
T K Letchumy Tamboo
Wed Jun 14 2017
![Pekerja True Fitness kurang yakin terhadap jaminan gaji akan dibayar Pekerja True Fitness kurang yakin terhadap jaminan gaji akan dibayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51497333108_TrueFitness.jpg)
Walaupun True Group telah tampil memberikan jaminan bahawa gaji serta komisyen tertunggak akan dibayar kepada pekerja-pekerja True Fitness Malaysia, pekerja-pekerja syarikat itu masih ragu-ragu.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![True Fitness: 'Dah nak raya, apa kami boleh buat dengan gaji 9 hari?' True Fitness: 'Dah nak raya, apa kami boleh buat dengan gaji 9 hari?'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51497333108_TrueFitness.jpg)
True Fitness: 'Dah nak raya, apa kami boleh buat dengan gaji 9 hari?'
Itulah rintihan hati pekerja-pekerja True Fitness yang terpaksa menganggur akibat penutupan pusat kecergasan True Fitness dan True Spa Malaysia tanpa notis pada 10 Jun lalu.
![Pekerja True Fitness kurang yakin terhadap jaminan gaji akan dibayar Pekerja True Fitness kurang yakin terhadap jaminan gaji akan dibayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51497333108_TrueFitness.jpg)
Pekerja True Fitness kurang yakin terhadap jaminan gaji akan dibayar
Walaupun True Group telah tampil memberikan jaminan bahawa gaji serta komisyen tertunggak akan dibayar kepada pekerja-pekerja True Fitness Malaysia, pekerja-pekerja syarikat itu masih ragu-ragu.
![True Group jamin bayar tunggakan gaji, komisyen pekerja - laporan True Group jamin bayar tunggakan gaji, komisyen pekerja - laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51497365576_TrueFitness.jpg)
True Group jamin bayar tunggakan gaji, komisyen pekerja - laporan
Seorang jurucakap True Group yang berpangkalan di Singapura berkata, akaun-akaun syarikat tersebut telah ditahan ekoran pengumuman penutupan operasi pusat-pusat kecergasannya di Malaysia.
![True Fitness: Menjelang Raya, wanita mengandung anak sulung sedih hilang kerja True Fitness: Menjelang Raya, wanita mengandung anak sulung sedih hilang kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/81497350054_TrueFitness.jpg)
True Fitness: Menjelang Raya, wanita mengandung anak sulung sedih hilang kerja
Tetapi bagi Wan Fariza Wan Muhamad Zin, yang mengandung 6 bulan, saat-saat itu berbaur derita.
![Bekas pekerja True Fitness dakwa teraniaya failkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja Bekas pekerja True Fitness dakwa teraniaya failkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51497333108_TrueFitness.jpg)
Bekas pekerja True Fitness dakwa teraniaya failkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja
Lebih 50 bekas pekerja True Fitness Malaysia hari ini tampil di Jabatan Tenaga Kerja untuk memfailkan aduan selepas itu menutup operasinya di sini.
![Henti operasi tanpa notis: Ahli-ahli True Fitness Malaysia terkejut dan marah Henti operasi tanpa notis: Ahli-ahli True Fitness Malaysia terkejut dan marah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51497085913_truefitness.jpg)
Henti operasi tanpa notis: Ahli-ahli True Fitness Malaysia terkejut dan marah
Ahli-ahli True Fitness Malaysia dan True Spa Malaysia hari ini menerima kejutan apabila mendapati gim tersebut telah menamatkan operasinya di Malaysia tanpa memberi sebarang notis.
![True Fitness henti operasi di Malaysia True Fitness henti operasi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41497060038_exercise.jpg)
True Fitness henti operasi di Malaysia
Penamatan operasi itu ekoran prestasi perniagaan yang tidak menguntungkan.