Hampir 1,000 pekerja tempatan syarikat China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL) telah diberhentikan selepas Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) ditangguhkan awal bulan ini.
Menurut laporan sebuah portal antarabangsa Channel News Asia (CNA), hanya 30 peratus pekerja di syarikat tersebut merupakan warga asing.
Manakala beberapa pekerja tempatan menerima notis pemberhentian kerja kurang seminggu selepas penangguhan.
Projek pembinaan yang kini mempunyai lapan kem utama termasuk di Bentong, Pahang, sedang ditangguhkan sementara usaha rundingan mengenai kos projek tersebut diselesaikan.
Berdasarkan laporan tersebut, pekerja tempatan yang ditemubual menyatakan rasa terkejut mereka dengan tindakan pemberhentian tersebut.
Media antarabangsa tersebut turut melaporkan bahawa tukang masak, pekerja pentadbiran dan ahli keluarga mereka, serta ahli keluarga jurutera China telah diarahkan pulang ke negara masing-masing.
Memetik laporan sebuah portal kewangan mengenai isu pemberhentian pekerja kontrak, ia dianggap sebagai prosedur operasi standard apabila kontrak pekerjaan adalah berdasarkan kelangsungan projek.
Malah, pekerja yang diberhentikan juga kemungkinan besar telah menandatangani kontrak yang menjelaskan status perkhidmatan mereka jika ia diberhentikan, ditangguh atau berjalan seperti biasa sehingga projek dilengkapkan.
Sumber memberitahu portal tersebut bahawa lebih banyak pemberhentian dijangka akan berlaku tidak lama lagi.
BACA: SPRM ambil dokumen berkaitan Projek MPP, TSGP dan ECRL
Manakala pada 13 Julai lalu, CCC-ECRL telah menangguhkan kontrak pembekalan simen oleh Lafarge Malaysia Bhd bernilai RM270 juta untuk projek ECRL.
Sementara itu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menasihati CCC-ECRL untuk tidak memberhentikan pekerja secara tergesa-gesa akibat penangguhan projek tersebut.
Dalam surat kepada CCC-ECRL bertarikh 17 Julai, MRL berkata ia sedang memerhatikan tindakan drastik pihak kontraktor (CCC-ECRL), terutamanya isu melibatkan pemberhentian pekerja dalam skala yang besar.
Jelas MRL, ia mewajibkan CCC-ECRL untuk membuat pemberitahuan secara rasmi mengenai setiap pekerja yang telah didaftarkan sebagai ‘person-in-charge’ atau individu yang bertanggungjawab dalam projek tersebut kepada pihak berkuasa tempatan seperti CIDB dan JKKP.
Menurutnya, CCC-ECRL tidak boleh memberhentikan pekerja sewaktu proses penangguhan projek sedang dijalankan untuk mengelakkan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa seperti arahan menutup pejabat di lapangan atau tindakan saman.
ECRL dimiliki oleh MRL iaitu sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
MRL sebelum ini mengarahkan kontraktor utama, CCCC menangguhkan semua kerja-kerja kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta merta atas sebab ‘kepentingan nasional’.
BACA: Mahathir tidak tahu tentang laporan penglibatan Vincent Tan dalam ECRL
Kementerian Kewangan baru-baru ini mengeluarkan notis penggantungan kerja dan perkhidmatan bagi tiga projek bernilai bernilion ringgit iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan ECRL.
Ketiga-tiga projek melibatkan kontraktor dari China. Semua kerja digantung berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melawat China pada bulan Ogos bagi memantau hasil lawatan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin yang berkunjung ke negara tersebut pada Rabu lalu.
Jelasnya, Tun Daim telah membawa perkara penting mengenai kontrak dan kerajaan akan cuba untuk mengurangkan jumlah pinjaman kepada China.
Nuradilla Noorazam
Sat Jul 21 2018
![Pekerja tempatan antara yang hilang pekerjaan selepas ECRL ditangguh? Pekerja tempatan antara yang hilang pekerjaan selepas ECRL ditangguh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532152143_ECRL.jpg)
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menasihati CCC-ECRL untuk tidak memberhentikan pekerja secara tergesa-gesa akibat penangguhan projek tersebut.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711679656_TBloriterbalikj.jpg)
Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas
Polis mengesahkan terdapat ralat berkaitan identiti seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah bas terbabas di Kilometer 51.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
![Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000 Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697016629_penipuanpelaburan.jpg)
Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000
Majistret turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur 17 hingga 31 tahun itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
![RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696668467_TBPRK.jpg)
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.
![Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695277882_MBPahang.jpg)
Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang berjaya mencatat kutipan hasil negeri RM911 juta setakat September tahun ini.
![Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690297565_TBSINKHOLEKARAK.jpg)
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
![Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689502230_Basekspresterbakar.jpg)
Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.
![Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687693302_Mayatwargaemas.jpg)
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
![Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686818308_TBlemas.jpg)
Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.
![Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684841769_Anggotabomba.jpg)
Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands
Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.
![Tong gas meletup dalam kereta Tong gas meletup dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683380801_TBkereteletup.jpg)
Tong gas meletup dalam kereta
Tiada kemalangan jiwa atau kebakaran berlaku di lokasi. Bagaimanapun kenderaan terbabit terjejas teruk.