Seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai yang dipukul sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak sehingga video kejadian itu tular di media sosial hanya mengalami lebam pada bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian tersebut berlaku pada 6 Okt lepas kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
Katanya semasa kejadian, mangsa yang berumur 23 tahun sedang bekerja di kaunter stesen minyak berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penunggang motosikal yang mahu mengisi minyak.
"Salah seorang daripada lelaki tersebut memesan untuk mengisi minyak tetapi tidak memaklumkan kepada mangsa yang bertugas di kaunter untuk mengisi minyak jenis RON 97.
"Mangsa kemudiannya memberikan minyak RON 95 menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati sebelum sekumpulan kawan lelaki itu kembali semula ke kaunter dan menarik mangsa keluar biarpun mangsa telah meminta maaf," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Azharuddin berkata seorang daripada kumpulan lelaki tersebut memukul dan membaling air tin kepada mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan lebam di bahagian muka.
Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dan nombor pendaftaran motosikal juga tidak jelas.
Wan Azharuddin berkata pihaknya difahamkan ketika kejadian berlaku mangsa juga turut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sehingga menyebabkan salah faham.
"Jadi saya mahu orang ramai tidak menularkan kes ini lagi di media sosial kerana ia hanyalah salah faham kecil dan telah berlaku beberapa hari yang lepas," katanya.
Wan Azharuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Video berdurasi 42 saat itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam menunjukkan seorang pekerja stesen minyak ditarik keluar sebelum dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018
![Pekerja stesen minyak lebam di muka akibat dipukul Pekerja stesen minyak lebam di muka akibat dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
Rakaman CCTV di stesen minyak itu tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dan nombor pendaftaran motosikal juga tidak jelas. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
![Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735167130_Oxygenmasks.jpg)
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
![Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735167807_TBmedicalplane.jpg)
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
![Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735167455_TBDamascus.jpg)
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
![Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733437512_IsraelKatz.jpg)
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
![Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734766472_Penyamunberparang.jpg)
Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
![PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/81455521193_PLKN.jpg)
PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733317616_TBATM.jpg)
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
![Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732898054_KemalanganViral.jpg)
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
![Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732404411_TBcurikereta.jpg)
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
![Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730802610_BahanLucah.jpg)
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
![Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706882071_TBMuhammadAbdulHal.jpg)
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
![Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729686180_mangsaeksploitasis.jpg)
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
![DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729009500_ZalihaMustafa.jpg)
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
![Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725186885_ZalihaMustafa.jpg)
Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai
Dr Zaliha Mustafa hari ini menyuarakan hasrat memperkukuh kerjasama strategik twin city antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.