PUTRAJAYA: Identiti dua penunggang motosikal yang maut, dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini, telah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, iaitu pekerja di Mahkamah Ampang.
Beliau berkata pengecaman Faris Haziq telah dibuat oleh ayahnya, manakala Yuswar oleh isterinya di Unit Forensik Hospital Putrajaya, masing-masing pada kira-kira 5.30 petang.
"Post mortem kedua-dua mangsa akan akan dibuat esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai jumlah mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, A. Asmadi berkata kesemuanya terdapat 14 individu terlibat termasuk dua yang maut, berbanding lapan yang dilaporkan sebelum ini.
Dua pemandu kereta dikenali Karli Rastio, 69, serta Abdul Latif Ahmad, 58, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan masing-masing dirawat di zon merah Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.
Pemandu treler berkenaan mengalami luka ringan di tangan, manakala baki yang terlibat, ada yang mengalami patah tangan dan ada juga yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
A.Asmadi berkata jumlah keseluruhan kenderaan terlibat dalam kemalangan itu ialah 14 buah, iaitu sebuah treler dan sebuah lori, tujuh kereta serta lima motosikal, termasuk sebuah motosikal polis trafik.
Beliau berkata ujian air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dan pemandu itu akan direman esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Sementara itu seorang pekerja swasta Mohd Azuan Mohd Zain berkata beliau tidak menyangka insiden kemalangan di Putrajaya yang tular di media sosial, melibatkan salah seorang ahli keluarganya.
Beliau berkata dia mendapat perkhabaran mengenai kematian Yuswar, yang merupakan birasnya, daripada isterinya.
"Arwah ini sentiasa ringan tulang, suka membantu menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku dalam keluarga," kata Mohd Azuan, 37, ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian, Yuswar dipercayai sedang dalam perjalanan ke Istana Kehakiman Putrajaya atas urusan rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Identiti dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan di Putrajaya, telah dikenal pasti. - Gambar fail/media sosial
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Audit kemalangan di Putrajaya diserahkan kepada APAD Isnin depan
Aedy Fadly berkata, pihak JPJ turut terlibat dalam siasatan kes terbabit dan laporan itu sedang disiapkan.

Pekerja Pos Malaysia, Mahkamah Ampang dua yang maut dalam kemalangan di Putrajaya
Identiti dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan di Putrajaya, telah dikenal pasti.