KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyerahkan laporan pemeriksaan audit berhubung kes kemalangan maut membabitkan 12 kenderaan di Putrajaya kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Isnin depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya turut terlibat dalam siasatan kes terbabit dan laporan itu sedang disiapkan.
"Pada hari Isnin minggu depan, kita akan menyerahkan laporan lengkap kepada APAD untuk tindakan dan arahan lanjut.
"Kita (JPJ) baharu sahaja menerima laporan kemalangan maut itu daripada pihak polis semalam (Khamis)," katanya dalam sidang akhbar Op Bersepadu bersama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Plaza Tol Awan Besar di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, JPJ juga akan menyiasat sama ada lori yang terlibat dalam kemalangan itu bergerak dengan muatan melebihi had.
Ujarnya, itu antara tugas penting yang dikendalikan pasukan penyiasat JPJ kerana kami bukan sekadar melihat kawasan kemalangan tetapi turut melihat tempat lori itu mengambil muatan.
Dalam kejadian pada Rabu, sebuah lori treler yang membawa muatan batu pasir dipercayai telah mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri sebelum merempuh 11 buah kenderaan termasuk sebuah motosikal pengiring polis dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya.
Kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan itu dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian anggota polis trafik sedang melakukan latihan kawalan sempena Le Tour de Langkawi (LTdL). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 23 2023

Aedy Fadly berkata, JPJ juga akan menyiasat sama ada lori yang terlibat dalam kemalangan di Putrajaya itu bergerak dengan muatan melebihi had. - Gambar fail BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Audit kemalangan di Putrajaya diserahkan kepada APAD Isnin depan
Aedy Fadly berkata, pihak JPJ turut terlibat dalam siasatan kes terbabit dan laporan itu sedang disiapkan.

Pekerja Pos Malaysia, Mahkamah Ampang dua yang maut dalam kemalangan di Putrajaya
Identiti dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler merempuh beberapa kenderaan di Putrajaya, telah dikenal pasti.