KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ke negara asal selepas merogol seorang wanita tempatan di ibu negara memakan diri apabila diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, kejadian rogol itu berlaku pada 31 Mei di kediaman mangsa di Kuala Lumpur.
Menurutnya, suspek berusia lingkungan 20-an telah datang ke rumah mangsa bagi melakukan kerja penyelenggaraan sebelum bertindak merogolnya dan terus melarikan diri.
"Mangsa berusia 24 tahun yang sempat merakam wajah suspek menggunakan telefon bimbit terus menghubungi ibu saudara bagi memaklumkan kejadian sebelum satu laporan polis turut dibuat pada hari sama.
"Hasil daripada maklumat tersebut, pasukan operasi JSJ telah berjaya mengesan suspek yang dalam perancangan melarikan diri untuk balik ke negara asal dengan menaiki kapal terbang," katanya di Facebook rasmi JSJ pada Ahad.
Tambah kenyataan itu, suspek yang berasal dari negara Asia Selatan akhirnya berjaya diberkas di pintu pelepasan KLIA pada Jumaat.
Ujarnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.
"Suspek direman tujuh hari sehingga 9 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023

Suspek berusia lingkungan 20-an telah datang ke rumah mangsa bagi melakukan kerja penyelenggaraan sebelum bertindak merogolnya dan terus melarikan diri. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pekerja penyelenggaraan rogol tuan rumah diberkas ketika cuba larikan diri di KLIA
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ke negara asal selepas merogol seorang wanita tempatan di ibu negara memakan diri apabila diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kanak-kanak 11 tahun mati dikelar perogol, biji mata juga dikorek
Berang tidak dapat melakukan perbuatan terkutuknya itu, seorang perogol bertindak mengorek biji mata seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun, sebelum membunuhnya dengan kejam.

Guru IT hantar Whatsapp palsu, kes pertama dihadapkan di mahkamah
Rafeah Buang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu.

Isu perogol kahwin mangsa: Shabudin salahkan laporan media
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menegaskan isu berkenaan sepatutnya dilihat dari sudut positif, terutama melibatkan masa depan mangsa rogol, dalam kes wujud persetujuan bersama.

Pengantin baharu di Indonesia didakwa makan kemaluan perogol
Mereka ditangkap atas dakwaan telah memakan kemaluan yang dipotong daripada seorang lelaki yang menurut mereka telah merogol wanita berkenaan.