Sektor perladangan terutamanya kelapa sawit dan getah yang merupakan dua penyumbang utama kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi industri pertanian amat memerlukan tenaga kerja ketika ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Ini berikutan permintaan tinggi, terutamanya terhadap sarung tangan getah, ketika dunia memerangi pandemik COVID-19.
Pada 31 Mac, 2020, dianggarkan terdapat lebih daripada 500,000 pekerja terlibat dalam sektor ini dan sektor kelapa sawit mempunyai pergantungan paling tinggi kepada pekerja asing iaitu sebanyak 77 peratus terutamanya dari Indonesia dan Bangladesh.
Laporan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan bahawa sektor kelapa sawit berdepan kekurangan 31,387 tenaga pekerja manakala dalam sektor getah pula Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata ia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja tambahan.
Meskipun langkah ke arah automasi, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab berkata sektor kelapa sawit masih bergantung kepada tenaga kerja asing terutamanya bagi kerja memotong buah yang merupakan teras dalam sektor tersebut.
"Kami meminta kerajaan untuk membantu kami mendapatkan rakyat Malaysia yang menganggur yang terkesan akibat daripada pandemik itu untuk datang dan bekerja dengan kami
''Bagaimanapun sambutan dalam kalangan rakyat tempatan masih kurang memberangsangkan,'' katanya kepada media semasa acara Invest Malaysia 2020 - Virtual Series 2, di sini, pada Isnin.
Mohd Nageeb berkata dengan tambahan jumlah pekerja, industri boleh menghasilkan lebih banyak minyak sawit mentah (MSM), syarikat mendapat pendapatan tambahan yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli dan menggunakan lebih banyak baja bagi meningkatkan hasil pengeluaran.
Menurutnya, usaha meningkatkan hasil minyak sawit adalah penting kerana Malaysia berjanji untuk mengehadkan kawasan penanaman sawitnya kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023.
Terdahulu dalam pembentangan beliau, Mohd Nageeb berkata sektor perladangan membayar cukai terbesar kepada kerajaan, oleh itu, ia berharap kerajaan boleh meluluskan permintaannya bagi mendapatkan pekerja tambahan.
Bagi sektor getah, Naib Presiden MARGMA Dr Supramaniam Shanmugam berkata industri sarung tangan getah negara diunjur menghasilkan tambahan 20 bilion pasang sarung tangan atau 17 peratus pertumbuhan pengeluaran tahun ini pasca COVID-19.
Ini, katanya, akan membantu menyumbang sejumlah 220 bilion sarung tangan.
"Hasil eksport kita dijangka merekodkan RM21.8 bilion tahun ini disokong oleh permintaan berterusan terhadap sarung tangan di seluruh dunia.
"Kita menjangka Malaysia membekalkan kira-kira 67 peratus atau 220 bilion kepada permintaan sarung tangan global tahun ini.
"Semasa tempoh sebelum COVID-19, Malaysia merekodkan pertumbuhan pengeluaran antara 12 peratus dan 15 peratus dan semasa COVID-19, industri mencatatkan pertumbuhan 20 peratus," katanya.
Bagi suku pertama 2020, beliau berkata industri sarung tangan tempatan menjual 55 bilion sarung tangan dan daripada jumlah itu, 99.6 peratus dieksport.
Dr Supramaniam berkata industri sarung tangan tempatan melabur antara RM600 juta hingga RM1 bilion setahun bagi pengembangan organik susulan lonjakan permintaan global pada purata kira-kira 10 peratus hingga 12 peratus tanpa pandemik.
Ketika ini, industri itu menggunakan khidmat 71,800 pekerja yang mana 28,000 adalah pekerja tempatan dan 43,800 pekerja asing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020

Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, sektor getah memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja tambahan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

Pendigitalan ubah nasib PKS di Malaysia
Pendigitalan meningkatkan produktiviti keseluruhan PKS di Malaysia dan membolehkan mereka kekal berdaya saing.

ELMLAB, REKA bekerjasama bangunkan teknologi kenderaan pandu sendiri di Malaysia
ELMLAB akan mempercepat pembangunan teknologi pandu sendiri yang menyepadukan teknologi ke dalam sistem pandu sendiri.

Tiba masanya negara ubah strategi dasar industrialisasi - Tun Mahathir
Ini kerana jelasnya, negara kini tidak sepatutnya hanya menghasilkan bagi pasaran domestik tetapi pasaran antarabangsa.

Ledakan bisnes 'live streaming'
Penstriman langsung memiliki potensi interaksi lebih 'happening' berbanding konsep automasi bagi jualan dalam talian.

20 pekerjaan paling popular di Malaysia 2020/2021
Sekiranya anda berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi, infografik berikut memaparkan senarai pekerjaan dengan gaji bulanan paling lumayan di Malaysia.

Pekerja menganggur perlu timbang bekerja di industri perladangan
Ini berikutan permintaan tinggi, terutamanya terhadap sarung tangan getah, ketika dunia memerangi pandemik COVID-19.

Pendigitalan percepatkan urusan rakyat dapatkan perkhidmatan k'jaan - KSN
Justeru, beliau berkata pengurangan atau penutupan kaunter di agensi kerajaan dapat dilakukan kerana rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan melalui dalam talian.

Singapura henti terima Surat Perjalanan Kumpulan dari Malaysia bermula 1 Jan 2021
ICA republik itu memaklumkan ia bagi mengukuhkan keselamatan dan kecekapan pelepasan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan di Singapura.