BAGAN SERAI: Seorang pekerja ladang ditemui lemas selepas tergelincir dalam sungai ketika menjalankan kerja-kerja mengait sawit di sebuah ladang di Kampung Matang Tengah, Changkat Lobak di sini pada Isnin.
Dalam kejadian 11.10 pagi itu, mangsa, Subur Supriyanto, 30, warga Indonesia ditemukan di dasar sungai lebih kurang tiga meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, rakan sekerja mangsa memaklumkan paras air sungai ketika itu tinggi dan mangsa yang tergelincir telah lemas dan tenggelam dalam sungai terbabit.
"Rakan mangsa telah menghubungi MERS 999 untuk mendapatkan bantuan. Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai.
"Usaha pencarian yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu telah menjumpai mayat mangsa di dasar sungai," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa telah berkahwin dan bekerja sebagai buruh di ladang berkenaan.
"Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 08 2021
Mangsa ditemukan di dasar sungai lebih kurang tiga meter dari lokasi kejadian di Kampung Matang Tengah, Changkat Lobak, Bagan Serai pada Isnin. -Foto Sinar Harian
"Sebagai orang Sabah, saya geram!" - Isnaraissah Munirah Majilis
"Saya bukan mahu cari gaduh di sini tapi saya mahu mencari jalan penyelesaian sebab dan punca projek pembangunan Sabah mencatat jumlah paling corot dan lewat," kata Ahli Parlimen Kota Belud , Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy .
Pakar pedagogi, psikologi dan akidah sentiasa memantau perkembangan kanak-kanak mangsa GISBH - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar menjelaskan tindakan kerajaan adalah modul rehab, pemantauan perkembangan berkala, kerjasama komuniti setempat & NGO serta sokong penuh pendirian KPWKM iaitu kembalikan kanak-kanak kepada ibu bapa & keluarga.
Penumpang wanita maut dua kereta bertembung
Mangsa yang berada di bahagian penumpang belakang kereta Honda City meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
#AWANIRingkas 18 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 November 2024
1️⃣ Malaysia-Brazil setuju perkukuh kerjasama
2️⃣ Beri maklumat isu rasuah, ini jaminan SPRM
3️⃣ Kes buli di UPNM
#awaniringkas
1️⃣ Malaysia-Brazil setuju perkukuh kerjasama
2️⃣ Beri maklumat isu rasuah, ini jaminan SPRM
3️⃣ Kes buli di UPNM
#awaniringkas
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
AWANI Ringkas: Malaysia-Brazil setuju perkukuh kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AI kini digunakan untuk buang masa scammer talian telefon
Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi O2 menggunakan kecerdasan buatan untuk menentang penipuan menggunakan talian telefon.
Nisbah OKU autisme berdaftar berbanding pusat autisme tidak mencukupi
Dalam masa sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 33 buah autisme telah berdaftar dengan JKM sehingga 31 Okt 2024.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terpedaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.
Pekerja ladang lemas tergelincir dalam sungai ketika kait sawit
Usaha pencarian yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu telah menjumpai mayat mangsa di dasar sungai.