TAPAH:Seorang pekerja sebuah kilang di sini maut selepas tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang kelapa sawit.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi Sabtu itu, mangsa pekerja warga Bangladesh, Abdur Rahim, 51, dipercayai sedang membersihkan bahagian dalam mesin.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, rakannya yang tidak menyedari kehadiran mangsa telah menekan suis lalu menghidupkan operasi mesin, lapor Sinar Harian.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tapah sebelum disahkan meninggal dunia.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, pasukan penyiasat dihantar bagi menjalankan siasatan.
Beliau berkata, JKKP telah mengeluarkan arahan larangan kacau ganggu terhadap jalur pengeluaran tersebut sehingga siasatan lanjut dan tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak majikan.
“Kita akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, Sistem Lock Out Tag Out (LOTO) merupakan salah satu langkah kawalan yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan pekerja lain menekan suis pengoperasian mesin ketika aktiviti penyelenggaraan dijalankan.
“Majikan bertanggungjawab mengenal pasti bahaya di tempat kerja, membuat analisa risiko dan melakukan kawalan risiko yang berkesan bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlaku kemalangan.
“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya.
Astro Awani
Sun Feb 14 2021
Pegawai JKKP menjalankan siasatan di lokasi kejadian di kilang kelapa sawit di Tapah, Perak. -Foto JKKP Perak
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja kilang maut tersepit mesin penarik fiber
Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit di dalam mesin penarik fiber di dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning, di sini hari ini.
Tangan putus tersepit mesin pemecah batu
Mangsa dipercayai pekerja di kilang itu sedang melakukan kerja rutin sebelum tangan kirinya tersangkut pada mesin terbabit.
Pekerja kilang maut tersepit mesin
Rakannya yang tidak menyedari kehadiran mangsa telah menekan suis lalu menghidupkan operasi mesin.