Lambakkan pekerja asing menjadi keresahan orang ramai akibat tingkah laku yang kurang menyenangkan terutama pendatang tanpa permit atau yang menyalah gunakan permit.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan pihak imigresen di seluruh negara bertindak secepat mungkin terhadap pendatang yang masuk secara haram dan yang telah tamat tempoh serta menyalah gunakan pas sosial.

“Saya tidak mahu memberi amaran tetapi jangan marah kepada kami jika tindakan dilakukan pada waktu paling terdekat.”

“Saya ingin ingatkan mereka jika permit tamat tempoh datang kehadapan menyerah diri kita akan selesaikan dengan cara yang baik, tetapi kalau kita dapat kerana tidak menyerah maka undang-undang yang terdapat dalam Akta Imigresen dan akta yang berkaitan dengannya dilaksanakan. Maka jangan ada masa rasa marah kepada pihak penguatkuasaan ataupun KDN untuk tindakan-tindakan ini dilakukan,” kata Zahid.

Beliau berkata demikian,dalam lawatan kerja di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pagi tadi. Turut sama lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beberapa kaedah akan di perkenalkan bagi memantapkan pentadbiran imigresen agar orang ramai mendapat perkhimatan yang memuaskan yang memperoleh beberapa anugerah peringkat antarabangsa.

Diminta mengulas perhimpunan pembangkang yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini di Putrajaya, beliau berkata orang ramai jangan terpengaruh dan menyertai perhimpunan tersebut bagi mengelak tindakan oleh pihak berkuasa.

“Saya telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk menguatkuasa undang-undang yang ada dan saya harap pelaksanaan akan dilakukan tanpa campur tangan dari saya,” tambah beliau.