PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan pekerja asing, khususnya dalam sektor perladangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kebenaran itu, bagaimanapun, kata Ismail Sabri, harus tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis.
Jelasnya lagi, kelulusan itu juga tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin) dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
“Kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan yang lain adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi SOP kemasukan pekerja asing, Ismail Sabri berkata, ia dibahagikan kepada tiga kategori – Pra-Pelepasan; Semasa Ketibaan dan Selepas Ketibaan (tempoh kuarantin).
Untuk SOP Pra-Pelepasan, jelas beliau, pekerja asing perlu menerima vaksin lengkap yang diperakui WHO, melakukan ujian RTC-PCR 72 jam sebelum tiba dan mempunyai sijil vaksinasi sebagai bukti.
Sementara untuk SOP Semasa Ketibaan pula, beliau berkata, hanya satu pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 sahaja dibenarkan, kecuali pekerja asing dari Thailand - kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, pekerja asing harus berurusan dengan wakil majikan serta agensi kerajaan yang berkaitan dan mereka perlu melalui laluan khas.
Untuk SOP Selepas Ketibaan, tempoh kuarantin diselaraskan selama tujuh hari dan perlu dilakukan di pusat kuarantin yang diiktiraf kerajaan di sekitar Lembah Kelang.
Bagaimanapun, jelasnya lagi, pengecualian diberikan kepada pekerja asing Thailand yang bekerja sebagai kru vessel penangkapan ikan tempatan di mana mereka perlu menjalani kuarantin di pusat berhampiran pintu masuk sempadan negara.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kesemua mereka harus melakukan RT-PCR pada hari kedua, dan kelima sewaktu tempoh kuarantin.
“Sekiranya positif, kes kategori 1 atau 2 perlu disolasi di PKRC swasta, manakala kes kategori 3, 4 dan 5 perlu dirujuk ke hospital swasta,” katanya lagi.
Menurut Ismail Sabri lagi, sekiranya negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis bekerja melalui kenderaan yang disediakan majikan.
Tambahnya lagi, mereka juga perlu melalui prosedur biasa seperti pendaftaran dengan Foreign Workers' Medical Examination Online (FOMEMA) serta lain-lain syarat yang ditetapkan majikan.
Firdaus Azil
Fri Oct 22 2021
![Pekerja asing dibenarkan masuk, kelulusan berdasarkan case-to-case basis - Perdana Menteri Pekerja asing dibenarkan masuk, kelulusan berdasarkan case-to-case basis - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626258228_LADANGSAWIT.jpg)
Beberapa SOP akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan, dan diluluskan secara case-by-case basis, kata Perdana Menteri. - Gambar fail
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Kerajaan terus perkasa agenda bagi memudahcara perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (Ease of Doing Business).
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
1.5 penjawat awam tahu kadar gaji baharu hari ini
Lebih 1.5 juta penjawat awam di negara ini akan mengetahui kadar gaji baharu masing-masing apabila berita gembira itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri di PICC, hari ini.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720779114_TBwargaasing.jpg)
APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen
APMM Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sekinchan, Selangor, semalam.
![Perkeso lancar Ops Kesan Ke-15 Perkeso lancar Ops Kesan Ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/71522330393_DATUKDRMOHAMMED.jpg)
Perkeso lancar Ops Kesan Ke-15
Perkeso melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
![KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719233676_SaifuddinNasution.jpg)
KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet
Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membincangkan terma dan syarat kontrak Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) susulan keputusan dasar Kabinet untuk melanjutkan kontrak syarikat itu.
![Kilang bateri terbakar di Korea Selatan, 22 maut, 3 cedera Kilang bateri terbakar di Korea Selatan, 22 maut, 3 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719227725_peoplekilled.jpg)
Kilang bateri terbakar di Korea Selatan, 22 maut, 3 cedera
Sekurang-kurangnya 22 individu maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul, terbakar pada Isnin.
![Profesion penjaga warga emas perlu diiktiraf, kurangkan kebergantungan pekerja asing Profesion penjaga warga emas perlu diiktiraf, kurangkan kebergantungan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Profesion penjaga warga emas perlu diiktiraf, kurangkan kebergantungan pekerja asing
Profesion sebagai penjaga warga emas perlu diiktiraf bagi menggalakkan rakyat tempatan menjadikannya kerjaya sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pusat penjagaan terhadap pekerja asing.
![Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719154191_TBWargaAAsing.jpg)
Imigresen serbu Bandar Sultan Suleiman, periksa 1,700 warga asing
Kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan oleh JIM.
![Pemaju projek mega di Sarawak disaran bangunkan CLQ Pemaju projek mega di Sarawak disaran bangunkan CLQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718967580_LeeKimShin.jpg)
Pemaju projek mega di Sarawak disaran bangunkan CLQ
Pemaju projek mega di Sarawak disaran melaksanakan konsep bersepadu pengurusan pembinaan dengan membangunkan kuarters buruh berpusat (CLQ) yang menempatkan kakitangan pengurusan dan pekerja.
![Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708646523_thailand.jpg)
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.
![Industri pembinaan perlu terap teknologi digital, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Fadillah Industri pembinaan perlu terap teknologi digital, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717168077_TBFADILLAH.jpg)
Industri pembinaan perlu terap teknologi digital, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Fadillah
Selain dapat memperkasa kontraktor tempatan, langkah itu secara tidak langsung dapat menutup jurang produktiviti untuk kekal berdaya saing.
![Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716208333_SaifuddinNasution.jpg)
Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun
Unjuran siling kemasukan pekerja asing iaitu tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara seperti yang ditetapkan Kementerian Ekonomi akan dapat dicapai sebelum 31 Dis tahun ini.