KUALA LUMPUR: Profesion sebagai penjaga warga emas perlu diiktiraf bagi menggalakkan rakyat tempatan menjadikannya kerjaya sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pusat penjagaan terhadap pekerja asing.
Cadangan berkenaan dikemukakan oleh Ahli-ahli Gabungan Penuaan Malaysia (MCOA) bagi mengubah landskap penjagaan warga emas dan meningkatkan kualiti kehidupan golongan berkenaan di negara ini ke arah yang lebih baik.
Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sukatan latihan penjagaan warga emas yang standard juga perlu diwujudkan bagi memberikan kelayakan kepada yang memilikinya.
"Kerajaan juga diharap dapat membangunkan strategi modal insan yang jelas untuk menganggar kos penjagaan warga emas merangkumi bilangan penjaga diperlukan, campuran kemahiran, kelayakan, kurikulum latihan dan insentif kewangan sesuai untuk kerja mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Lee berkata, MCOA juga mencadangkan kerajaan menyediakan lebih banyak pembiayaan atau subsidi untuk kemudahan penjagaan warga emas kendalian badan kebajikan yang menyediakan perkhidmatan kepada warga emas yang melarat.
Turut dicadangkan ialah pemberian lebih banyak diskaun pengangkutan awam, bil perubatan dan lain-lain kepada warga emas berumur 65 tahun ke atas selain pengangkutan tetap percuma ke hospital, farmasi, pasar raya dan perpustakaan untuk mereka yang hidup berdikari.
"Kami juga mencadangkan pemberian peranti komputer percuma atau baucar diskaun pembelian komputer dan perkhidmatan Internet percuma kepada warga emas yang mengikuti kursus pembelajaran dalam talian dalam kumpulan B40," katanya.
Lee berkata, inisiatif meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga emas akan meningkatkan kesejahteraan mental mereka, mengukuhkan kesihatan fizikal dan membantu golongan terbabit menjalin hubungan sosial baharu.
Menurut Lee, MCOA juga mencadangkan agar kerajaan segera mewartakan peraturan-peraturan bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas (Akta 802) baharu untuk memudahkan perancangan dan pelaburan ke dalam premis yang sangat diperlukan bagi penjagaan warga emas.
"Kami meminta kerajaan mengutamakan vaksinasi sepanjang hayat untuk warga emas yang tinggal di kemudahan penjagaan warga emas, majlis tempatan perlu terus memainkan peranan aktif dalam menaik taraf laluan tepi pejalan kaki supaya boleh diakses oleh semua.
"Kami memohon agar kemudahan untuk Orang Kurang Upaya diperluas kepada warga emas sebagai contoh mewujudkan tempat letak kereta khas untuk orang tua serta menyeru majlis tempatan dan pemaju hartanah mempertimbangkan ciri reka bentuk mesra pengguna yang menghidap demensia," katanya.
Selain itu, MCOA juga menyarankan kerajaan menubuhkan kementerian yang hanya berfungsi untuk memenuhi keperluan warga emas sekali gus memudahkan penyediaan perkhidmatan bersepadu untuk golongan terbabit. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Lee berkata, sukatan latihan penjagaan warga emas yang standard juga perlu diwujudkan bagi memberikan kelayakan kepada yang memilikinya. - Gambar fail/Bernama

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).