KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) menggesa pihak berkuasa menghentikan segera penjualan wiski jenama Timah keluaran syarikat tempatan yang dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Presidennya, Faizan Mohd Nor berkata, pihaknya memohon siasatan dijalankan ke atas semua pihak yang terlibat kerana jenama arak 'Timah' itu seakan-akan mempersendakan nama anak bongsu Nabi Muhammad iaitu Fatimah.
"Kami meminta kertas siasatan dibuka dengan memanggil pihak yang terlibat secara langsung termasuk pengarah syarikat berkenaan dan pihak kementerian berkaitan yang memberi kelulusan penggunaan nama Timah yang begitu mengelirukan.
"Menteri agama yang begitu lantang dalam pengharaman arak di Malaysia turut diminta menjawab isu penggunaan nama Timah yang seakan menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tarikh pelancaran dan tindakan syarikat terbabit yang menyiarkan majlis pelancaran minuman keras tersebut secara terbuka di media sosial.
Menurut Faizan, lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) akan menyuarakan bantahan jika tindakan tegas dan telus tidak diambil dengan segera.
“Kita mahu tindakan diambil segera dalam isu ini. Jika tidak, saya yakin lebih ramai NGO akan tampil untuk menuntut perkara sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 18 2021
![Pekemas gesa sekat jualan arak Timah Pekemas gesa sekat jualan arak Timah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634595810_TBFAIZAN.jpg)
Faizan Mohd Nor (kanan) selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
![Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100172_minumankeras.jpg)
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
![Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717068464_KastamMelakarampa.jpg)
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
![JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000 JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716278257_JKDM.jpg)
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
![JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715599891_TBIsmailHashim.jpg)
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
![Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715516014_NadzriAriffinPeng.jpg)
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
![JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710916800_TBWANJAMALABDUL.jpg)
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
![Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708591083_JKDMminumankeras.jpg)
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
![PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707430813_TBrampasan.jpg)
PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta
Hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing.
![Polis Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai hampir RM100 juta Polis Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai hampir RM100 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703940930_LogoPDRM.jpg)
Polis Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai hampir RM100 juta
Dalam operasi yang menyasarkan aktiviti penyeludupan itu, lapan lelaki berusia 22 hingga 67 tahun telah ditahan di tiga premis.
![Pembekuan pengeluaran lesen minuman keras, tiada pemansuhan - DBKL Pembekuan pengeluaran lesen minuman keras, tiada pemansuhan - DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681444786_DBKL.jpg)
Pembekuan pengeluaran lesen minuman keras, tiada pemansuhan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tiada pemansuhan kepada pembekuan pengeluaran lesen baharu bagi penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina.