Seorang pekedai pada Rabu dijatuhi hukuman mati selepas mahkamah mendapati beliau bersalah membunuh seorang pelancong Perancis di sebuah pulau peranginan.
Mendiang Stephanie Foray, 30, hilang di Pulau Tioman, Pahang pada Mei 2011.
Mayat mangsa yang telah separa diawet ditemui kira-kira tiga bulan kemudian dan ditanam di dalam sebuah gua di pulau itu.
Keputusan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas seorang lagi pelancong asing dari Britain, Gareth Huntley hilang di pulau yang sama dalam keadaan yang masih belum ada diketahui puncanya.
Mahkamah di Kuantan mendapati Asni Omar, 39, yang mengendalikan kedai menjual pakaian mandi di pulau itu, bersalah membunuh Foray.
Selepas hukuman mati dijatuhkan, ibu Foray, Irene Mortel, dilihat bangun sambil melihat Asni dan menangis.
"Saya tidak berharap untuk apa-apa lagi. Itu sahaja ... Saya tahu ia tidak boleh mengubah apa-apa," katanya sebagai reaksi kepada keputusan itu sewaktu meninggalkan mahkamah bersama bapa Foray, Joel.
Dalam menyampaikan keputusan itu, hakim Mariana Yahya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, sambil menambah Asni telah "melemahkan pembelaannya sendiri" dengan hanya menyampaikan "cerita yang telah diatur" untuk menafikan kesalahannya.
"Oleh itu saya mendapati defendan bersalah sebagaimana yang dituduh. Terdapat hanya satu hukuman ... iaitu mati dengan digantung," katanya.
Asni, yang duduk di kandang tertuduh dengan rambut dicukur pendek dan memakai baju biru gelap dengan jalur putih dan seluar jeans, dipeluk oleh ahli keluarga yang menangis sebelum dibawa keluar dari mahkamah oleh polis.
Peguam Asni berkata mereka akan merayu hukuman itu.
Asni dituduh membunuh Foray, seorang pekerja perkhidmatan awam Perancis, selepas dia dikatakan menolak cinta Asni.
Pembunuhan Foray mengejutkan ramai orang di negara ini di mana jenayah kekerasan terhadap pelancong jarang berlaku.
Foray tiba di Malaysia pada Mei 2011 selepas berhenti berkerja dan menghabiskan beberapa bulan di India dan Sri Lanka. Mendiang kemudiannya ke Pulau Tioman sebelum hilang.
Agensi
Wed Jul 09 2014
Reaksi ibu Foray, Irene Mortel, ketika mahkamah memutuskan keputusan. -AFP PHOTO/MANAN VATSYAYANA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Pekedai dijatuhi hukuman mati kerana membunuh pelancong Perancis
Asni Omar didapati bersalah membunuh seorang pelancong Perancis Stephanie Foray di Pulau Tioman dalam insiden yang mengejutkan negara.