Pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.
Menurutnya, penanaman limau kasturi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini juga setakat ini hanya menghasilkan 700 tan metrik sedangkan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pengeluaran jus limau kasturi.
"Kilang memproses limau di sini mendapat permintaan untuk menghasilkan sehingga 400 tan metrik jus limau kasturi dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 1,200 tan metrik buah.
"Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pemprosesan limau kasturi TKPM di sini, pada Khamis yang turut disertai Pengarah Pertanian Pahang Zahimi Hassan.
Sementara itu, Mohd Soffi berkata TKPM yang terkenal dengan pengeluaran nangka madu dan rebung madu itu juga sehingga kini telah menghasilkan pendapatan RM82 juta dalam tempoh 14 tahun sejak mula di tubuhkan pada tahun 2004.
Beliau menambah kerajaan negeri juga merancang untuk memecahkan 515 hektar tanah pertanian TKPM kepada beberapa lot tanah dengan setiap satunya mempunyai keluasan sekitar 20 hektar bagi memberi lebih banyak peluang kepada usahawan dan pekebun kecil.
"Kerajaan negeri akan memohon bantuan peruntukan kira-kira RM2 juta daripada kerajaan Pusat bagi tujuan ini dan jika semuanya mengikut perancangan, kita mahu jalan ladang sedia ada dinaik taraf kepada jalan negeri," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Sep 13 2018
![Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536851650_LimauKasturi.jpg)
Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lima petua guna limau kasturi untuk kesihatan badan Lima petua guna limau kasturi untuk kesihatan badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628378070_TBCALAMANSI.jpg)
Lima petua guna limau kasturi untuk kesihatan badan
Selain daripada penyedap makanan, banyak petua orang dulu-dulu menggunakan limau kasturi untuk kesihatan badan.
![Pokok limau hiasan masih dapat permintaan, penyeri sambutan Tahun Baharu Cina Pokok limau hiasan masih dapat permintaan, penyeri sambutan Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612668549_pokoklimauhiasan.jpg)
Pokok limau hiasan masih dapat permintaan, penyeri sambutan Tahun Baharu Cina
Permintaan terhadap pokok limau hiasan masih tinggi sekalipun sambutan Tahun Baharu Cina kali ini agak suram susulan pelaksanaan PKP.
![Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536851650_LimauKasturi.jpg)
Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi
Pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran.