SEREMBAN:Setiap kali tibanya perayaan Tahun Baharu Cina, kediaman masyarakat Tionghoa biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok limau hiasan yang berwarna terang sebagai lambang kelahiran semula, kegembiraan dan tuah.
Pokok limau kasturi, bunga kekwa dan orkid antara yang menjadi pilihan mereka, dan tinjauan Bernama di kedai bunga dan nurseri di sini mendapati permintaan terhadap pokok limau hiasan masih tinggi sekalipun sambutan Tahun Baharu Cina kali ini agak suram susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang pengusaha, Nixon Lau Tian Soon berkata setakat ini pihaknya menerima lebih 1,000 permintaan terhadap pokok limau hiasan, kebanyakannya daripada pelanggan tetap.
Mengakui pelaksanaan PKP menjejaskan permintaan terhadap pokok hiasan itu, Lau berkata tahun lepas mereka menjual lebih 4,000 pokok dengan permintaan diterima dari seluruh negeri.
"Kali ini hanya daripada pelanggan sekitar Seremban yang ingin mendapatkan pokok limau lebih berkualiti," katanya kepada Bernama.
Menurutnya selain mendapatkan bekalan daripada ladang sendiri di Tapah, Perak, beliau turut mengimport pokok limau mandarin dari China yang dijual dengan harga antara RM800 dan RM1,400 berbanding pokok limau kasturi tempatan yang berharga RM68 hingga RM438.
Pokok limau ini penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina kerana tanaman itu melambangkan tuah selain memberikan suasana ceria, katanya.
Seorang suri rumah, Chong Chin Yee, 33, berkata pokok itu merupakan satu kemestian di rumahnya setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.
"Ia juga bertujuan 'menghidupkan' sambutan Tahun Baharu Cina dan pokok limau hiasan ini hanya boleh didapati sekali sahaja pada setiap tahun," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Sungai Ujong Walk sepanjang Jalan Murugesu di sini mendapati kawasan berkenaan tidak semeriah seperti tahun sebelumnya dengan kebanyakan kedai tidak beroperasi dan suasana lengang susulan pelaksanaan PKP.
Peniaga alatan sembahyang Cina dan perhiasan, Kenneth Low, 41, berkata jualan agak perlahan selain bilangan pelanggan juga berkurangan.
"Kalau sebelum ini kita boleh membuat jualan antara RM3,000 dan RM5,000 sehari, tahun ini bawah RM3,000. Saya tidak rasa akan ada pembelian saat-saat akhir kerana orang memilih duduk di rumah sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
Tinjauan mendapati permintaan terhadap pokok limau hiasan masih tinggi sekalipun sambutan Tahun Baharu Cina kali ini agak suram. - Gambar hiasan
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.