Pernah digelar sebagai "King Orang Asli" dan dikehendaki oleh pengganas komunis satu ketika dahulu, seorang bekas anggota Senoi Praaq itu kini terlantar sakit kerana serangan angin ahmar di rumahnya di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini, sejak dua tahun lepas.
Husin Sani, 81, kini dijaga secara bergilir-gilir oleh 23 anaknya kerana beliau tidak mampu lagi menguruskan diri dan terpaksa diberikan minuman susu menerusi tiub.
Anak keempatnya Santini Husin, 47, berkata beliau mempunyai adik beradik yang ramai kerana bapanya pernah berkahwin sebanyak tujuh kali, iaitu empat isteri dalam kalangan Orang Asli dan tiga lagi kaum Melayu.
Beliau berkata selepas bersara, bapanya menjadi pengawal keselamatan penduduk di beberapa kawasan penempatan Orang Asli termasuk di Kampung Kuala Betis hingga ke sempadan negeri Perak.
"Bapa jarang balik ketika bertugas dan dia juga pernah membunuh beberapa pengganas komunis yang cuba menyerangnya semasa berada dalam kawasan hutan satu ketika dahulu," katanya.
"Itu yang diceritakan ayah kami sendiri setiap kali menyambut Hari Kebangsaan, supaya kami semua adik beradik mengenang jasa pejuang dahulu untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah, termasuk (perjuangan) dia (ayah). Kami bangga menjadi anak seorang pejuang negara," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Khamis.
Senoi Praaq yang sebahagian besar anggotanya terdiri daripada kaum Orang Asli, merupakan satu pasukan yang amat dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa zaman darurat satu ketika dahulu.
Seorang lagi anaknya, Hasan Husin, 40, berkata, khidmat bapanya pernah mendapat perhatian banyak pihak, malah bapanya pernah menerima surat penghargaan daripada Istana Kelantan dan PolIs Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata bapanya merupakan salah seorang penduduk yang memainkan peranan penting dalam membuka RPS Kuala Betis itu untuk mengumpulkan Orang Asli daripada hutan, supaya mereka dapat tinggal di kawasan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020
![Pejuang kemerdekaan kini terlantar akibat angin ahmar Pejuang kemerdekaan kini terlantar akibat angin ahmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/41599180743_KelabMediaKelantan.jpg)
Kelab Media Kelantan Darul Naim menziarahi dan memberi sumbangan kewangan kepada Husin yang terlantar disebabkan serangan strok dua tahun di rumah anaknya di RPS Kuala Betis, Gua Musang, 3 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716806541_PelajarSekolahMene.jpg)
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
![Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715173424_FarhanFauzi.jpg)
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
![PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708010817_FarhanFauziSarima.jpg)
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi hari ini menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.
![70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu 70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/81531630551_wheelchair.jpg)
70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu
Program Rehabilitasi Memandu dan Menunggang Motosikal atau Return to Drive membimbing mereka yang berdepan cabaran upaya dan kesihatan.
![Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698052034_RossAriffin.jpg)
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
![Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678787147_Doktor.jpg)
Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.
![Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693551860_RaymondGoh.jpg)
Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.
![Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683554204_BrainScan.jpg)
Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).
![Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia, dikebumikan di Klang hari ini Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia, dikebumikan di Klang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669263085_TBazharizain.jpg)
Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia, dikebumikan di Klang hari ini
Pengarah filem Prof Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam semalam selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.
![Dua kali diserang angin ahmar, bekas pengulas sukan Jalil Mat Dom kini uzur Dua kali diserang angin ahmar, bekas pengulas sukan Jalil Mat Dom kini uzur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653804975_TBJALIL.jpg)
Dua kali diserang angin ahmar, bekas pengulas sukan Jalil Mat Dom kini uzur
Jalil Mat Dom kini terlantar keuzuran dan sukar untuk bergerak seperti sedia kala selepas diserang angin ahmar.