IPOH: Sebuah pejabat bengkel kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran di Pusat Servis Kenderaan, Jalan Pengkalan 2, di sini, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.12 malam.
Kerja-kerja pemadaman api dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, dengan dibantu BBP Batu Gajah.
"Kebakaran membabitkan bahagian dalaman pejabat bengkel kereta dengan anggaran kemusnahan sebanyak 20 peratus.
"Bagaimanapun insiden itu tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis malam.
Menurut kenyataan itu lagi, pasukan bomba kemudiannya membuat kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki 2 pancutan sehingga api berjaya dipadam.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rozaidee Kharmarulzaman itu tamat pada jam 10.07 malam.
Aida Aziz
Thu Oct 13 2022
Kebakaran membabitkan bahagian dalaman pejabat bengkel kereta dengan anggaran kemusnahan sebanyak 20 peratus. Foto JBPM Perak
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Dua termasuk pelajar UTP maut nahas jalan raya di Perak
Kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pasar raya Econsave Bandar Seri Iskandar.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Rumah, tiga kenderaan musnah terbakar di Kamunting
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.12 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping ke lokasi.
Warga emas terperangkap banjir kilat diselamatkan
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 7.35 malam.
Wanita maut, lori ais dipandu suami rempuh belakang treler
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan manakala suaminya mengalami kecederaan ringan.
Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
Wanita maut, nahas kereta, treler muatan sawit di Selama
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona berlanggar dengan sebuah lori treler jenis Hino yang membawa muatan sawit.
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.