Dua peguambela dalam kes bekas UTK polis Sirul Azhar Umar yang berdepan hukuman mati atas dakwaan membunuh Altantuya Shaariibuu, kini berada di Sydney untuk melepaskan anak guam mereka daripada pusat tahanan, lapor portal The Star Online.
Menurut laporan itu, dua peguam berkenaan, Hasnal Rezua dan Kamarul Hisham Kamaruddin kini sedang merancang untuk mendapatkan pembebasan Sirul Azhar dari pusat tahanan tersebut.
Hasnal memberitahu, dia dan Kamarul Hisham telah tiba di Sydney pada Ahad lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada Khamis ini.
“Ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan sudahpun dibuat di Australia, selebihnya akan diteruskan di Malaysia,” ujar Hasnal.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Sirul Azhar, 43, telah dipindahkan ke bahagian kawalan keselamatan maksimum di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
Sirul dan seorang rakan setugas, Azilah Hadri telah disabitkan kesalahan dan dihukum mati pada 13 Januari atas pembunuhan Altantuya yang merupakan seorang model dan juga penterjemah dari Mongolia.
Astro AWANI yang cuba menghubungi peguam Kamarul Hisham untuk mendapat butiran lanjut walau bagaimanapun gagal.
Astro Awani
Tue Jan 27 2015
Peguam Kamarul Hisham (gambar) dan Hasnal Rezua berada di Sydney untuk membebaskan Sirul Azhar daripada tahanan. - Gambar fail
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
Anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mendakwa cubaan bekas anggota UTK Polis Diraja Malaysia Cif Inspektor Azilah Hadri mengaitkan ayahnya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Apa lagi yang Kit Siang mahu? - Tanya Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang terhadap dirinya.
Kes Altantuya: Polis patut panggil Musa Safri
Dr Setev Shaariibuu, bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini telah membuat laporan polis bagi membolehkan kes pembunuhan anaknya pada tahun 2006 dibuka semula.
Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya
Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
Kes Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor terhadap hukuman mati
Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi tadi.
Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa persoalan menerusi 'pendedahan' di laman blog NajibRazak.com semalam.
Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda
Razak Baginda berkata beliau masih tidak tahu motif pembunuhan model sambilan dan penterjemah, Altantuya Shariibuu.
Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul
Australia akan menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul Azhar kerana kesalahan membunuh Altantuya.
Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar
Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl.
Altantuya tiada kaitan dengan pasukan urus janji Scorpene - Arkitek
Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.