Arkitek pembelian kapal selam Scorpene hari ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji Scorpene yang kontroversi itu.
Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl, yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.
Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The New Straits Times, Jasbir yang bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, berkata syarikat itu bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menurut laporan itu, bayaran itu meliputi perkhidmatan pengurusan projek dan integrasi pojek, menyelaraskan penglibatan syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri dalam peruntukan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan untuk memantau prestasi firma terlibat.
Perimekar Sdn Bhd dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Sdn Bhd dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.
Ia juga bagi membantu kontraktor utama supaya mematuhi semua undang-undang dan prosedur tempatan berkaitan pelaksanaan kontrak, menyelaras dan memantau latihan kakitangan TLDM, berdasarkan kontrak utama dan sejajar dengan jangkaan kerajaan Malaysia dan TLDM, serta menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara yang dinyatakan itu.
Sebahagian besar daripada bayaran itu melibatkan aspek makanan dan penginapan serta semua perkhidmatan yang perlu bagi latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis dan Sepanyol selama tempoh enam tahun termasuk premium insurans kesihatan serta elaun saraan harian minimum 50 euro seorang.
Kos lain termasuk bayaran tambang pergi balik ke Malaysia tiga kali setahun.
Keseluruhannya, 145 kakitangan TLDM termasuk 49 pegawai dan tanggungan mereka yang diliputi.
"Kami digambarkan seperti mengaut keuntungan dengan hanya duduk sahaja dan memperoleh hasil sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras, ketara, yang dilaksanakan," katanya.
Beliau turut dipetik sebagai berkata tawaran komersil itu adalah menarik disebabkan program penyertaan industri unggul, yang dijalankan bersama.
"Program perdagangan balas dan timbal balas yang kami cadangkan sebagai sebahagian daripada cadangan keseluruhan turut memungkinkan kejayaan memihak kepada kami," katanya.
Jasbir berkata berdasarkan kekuatan dan keunggulan komersil pada cadangan itu, mereka tidak perlu melobi sesiapa supaya mempengaruhi dalam proses penilaian komersil.
"Scorpene adalah kapal selam janaan bukan nuklear terbaik yang kita, sebagai sebuah negara, boleh memilih," katanya.
Bernama
Sat Jul 27 2013
![Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71374932543_295x200.jpg)
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
![Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739369754_SumbanganRahmah.jpg)
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
!['My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak 'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81530793789_yananajib.jpg)
'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
Anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mendakwa cubaan bekas anggota UTK Polis Diraja Malaysia Cif Inspektor Azilah Hadri mengaitkan ayahnya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
![Apa lagi yang Kit Siang mahu? - Tanya Najib Apa lagi yang Kit Siang mahu? - Tanya Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71538621009_najibrazak.jpg)
Apa lagi yang Kit Siang mahu? - Tanya Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang terhadap dirinya.
![Kes Altantuya: Polis patut panggil Musa Safri Kes Altantuya: Polis patut panggil Musa Safri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41529490728_RamkarpalSingh.jpg)
Kes Altantuya: Polis patut panggil Musa Safri
Dr Setev Shaariibuu, bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini telah membuat laporan polis bagi membolehkan kes pembunuhan anaknya pada tahun 2006 dibuka semula.
![Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441941798_Altantuya.jpg)
Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya
Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
![Kes Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor terhadap hukuman mati Kes Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor terhadap hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452839453_AzilahHadri.jpg)
Kes Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor terhadap hukuman mati
Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi tadi.
![Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61380599132_295x200.jpg)
Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa persoalan menerusi 'pendedahan' di laman blog NajibRazak.com semalam.
![Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71403178404_295x200.jpg)
Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda
Razak Baginda berkata beliau masih tidak tahu motif pembunuhan model sambilan dan penterjemah, Altantuya Shariibuu.
![Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71403178404_295x200.jpg)
Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul
Australia akan menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul Azhar kerana kesalahan membunuh Altantuya.
![Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71374932543_295x200.jpg)
Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar
Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl.
![Altantuya tiada kaitan dengan pasukan urus janji Scorpene - Arkitek Altantuya tiada kaitan dengan pasukan urus janji Scorpene - Arkitek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365157585_295x200.jpg)
Altantuya tiada kaitan dengan pasukan urus janji Scorpene - Arkitek
Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.