Terbaharu, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat memasuki perkarangan rumah Datuk Seri Najib sekitar jam 9:30 malam.
Kereta berwarna hitam dilihat bergegas masuk ke Jalan Langgak Duta sebelum terus menuju ke rumah Datuk Seri Najib.
BACA: Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok
BACA: Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam ini, apa yang boleh dijangka esok?
BACA: Najib ditahan, ini doa Rafizi...
Walau bagaimanapun, tujuan kehadiran beliau tidak dapat dipastikan.

Sebelum itu, terdapat laporan mengatakan Tan Sri Shafee turut berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 8.40 malam tadi.
Datuk Seri Najib ditahan sekitar 2.35 petang tadi dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.