KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini hanya berlangsung kira-kira 30 minit berikutan peguam yang mewakilinya mengalami sakit gout.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pergelangan kakinya bengkak disebabkan gout, namun beliau bersedia untuk menyambung hujahan hari ini.
"Saya tidak menyangka akan diserang (mendapat) gout, saya mengalami sakit yang amat sangat dan saya ada temu janji dengan doktor pada 1.30 tengah hari," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum berhujah dalam perbicaraan di akhir kes pendakwaan Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Hamidi untuk memulakan hujahannya dan meminta peguam itu memaklumkan kepada mahkamah jika beliau berasa tidak selesa dan sakit.
Selepas berhujah kira-kira 20 minit dalam keadaan berdiri, Hamidi kemudian meminta untuk duduk dan berehat kerana sakit yang dialaminya.
Namun, ketika sesi penghujahan bersambung, peguam itu memohon prosiding ditangguhkan kerana beliau tidak mampu untuk menahan kesakitan walaupun Hakim Sequerah membenarkannya duduk ketika berhujah.
"Saya rasa tidak mampu meneruskan hujahan pada peringkat ini. Saya mohon untuk menangguhkan kes hari ini kerana ketika ini saya sakit," kata peguam itu.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak membantah permohonan pembelaan untuk mendapatkan rawatan.
Hakim Sequerah kemudian membenarkan permohonan Hamidi dan menetapkan perbicaraan bersambung Rabu ini.
Terdahulu, Hamidi dalam hujahannya berkata Ahmad Zahid tidak boleh dituduh melakukan pecah amanah kerana jutaan ringgit yang telah dikeluarkan daripada YAB sebenarnya telah dimasukkan ke dalam akaun pelanggan firma guaman.
"Wang itu masih menjadi milik YAB dan tidak dipindahkan kepada pihak ketiga yang lain," katanya.
Hamidi juga berkata Ahmad Zahid tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengeluaran jumlah cek daripada dana YAB kerana bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly mempunyai kawalan dan penguasaan terhadap cek-cek itu.
"Beliau (Mazlina) menggunakan cap tandatangan untuk mengeluarkan cek. Kami mendapati dia cuai, dia tidak tahu bagaimana cek dan kad kredit berfungsi.
"Kami menegaskan bahawa tiada siapa yang menggunakan cap tandatangan untuk cek dan hanya digunakan untuk kad Hari Raya," katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit wang milik YAB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
![Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637574688_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri prosiding hujahan akhir bagi perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637574688_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pergelangan kakinya bengkak disebabkan gout, namun beliau bersedia untuk menyambung hujahan hari ini.