AYER KEROH: Seorang peguam didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan nilai hampir RM1.3 juta.
Tertuduh, Kingsley Wambeck, 40, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan peguam di firma guaman Tetuan Kingsley & Co didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang jualan rumah milik warga emas Lee Hoon Luan Jenny, 79, bernilai RM340,000 bagi kegunaan sendiri pada 13 Julai hingga 8 Oktober tahun lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan curang menyeleweng wang bagi pembayaran pembelian tanah di mukim paya rumput, daerah melaka tengah berjumlah RM945,950 yang dibayar melalui akaun Public Bank milik firma guamannya pada 1 Julai 2016 hingga 31 Julai 2016.
Kesalahan berkenaan di lakukan di Tetuan Kingsley & Co, Taman Kerjasama, Bukit Beruang, Melaka Tengah.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang tinggi iaitu RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa.
Hakim Maziah Joary pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan pertama serta RM30,000 bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah turut menetapkan 20 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Tertuduh diwakili peguam Goh Chin Han.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 13 2021
![Peguam mengaku tidak bersalah seleweng RM1.3 juta Peguam mengaku tidak bersalah seleweng RM1.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628832925_TBPEGUAMNAFISELEWEN.jpg)
Kingsley Wambeck didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan nilai hampir RM1.3 juta. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Peguam mengaku tidak bersalah seleweng RM1.3 juta Peguam mengaku tidak bersalah seleweng RM1.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628832925_TBPEGUAMNAFISELEWEN.jpg)
Peguam mengaku tidak bersalah seleweng RM1.3 juta
Tertuduh, Kingsley Wambeck mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.