SHAH ALAM: Seorang pegawai veterinar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan jawatan apabila membuat syor memilih syarikat suaminya bagi kerja-kerja pembekalan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.
Norhamizah Abdul Hamid, 42, juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pilihan berhubung kesalahan sama di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Bagi pertuduhan pertama, Norhamizah dituduh menggunakan jawatannya sebagai Pegawai Veterinar, apabila membuat syor memilih Syarikat Iqmiz Enterprise, milik suaminya Iqramudy Sumin, 39, untuk melaksanakan 'Kerja Membekal Peralatan Klinik Bergerak Veterinar' dengan harga RM19,720.
Dia juga dituduh melakukan dua kesalahan sama bagi "Kerja Membekal Peralatan Makmal" dengan harga kerja RM19,937 dan "Kerja Membekal Makanan, Makanan Tambahan (vitamin) dan Syampu Kucing dan Anjing" berharga RM18,960.
Ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa atas tiga pertuduhan pilihan berhubung kesalahan sama mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Norhamizah dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor di Lot 2, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, Shah Alam antara 30 Ogos 2019 hingga 16 Jun 2020.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam L Ramesh dan Nurliny Yusoff.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkannya untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam setiap awal bulan.
Sebutan semula kes pada 26 Ogos 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021
Norhamizah mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kedudukan apabila membuat syor memilih syarikat suaminya bagi kerja-kerja pembekalan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. - Foto BERNAMA
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Pembayaran tidak teratur, tiada semakan bekalan ubat di JPVM - LKAN
LKAN bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan PematuhanJabatan/Agensi Negeri Melaka 2022 mendapati JPVNM telah menerima bekalan ubatanvaksin dan program peningkatan.
Pegawai veterinar mengaku tidak bersalah syor kerja pembekalan untuk syarikat suami
Norhamizah Abdul Hamid juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pilihan berhubung kesalahan sama.
Penolong pegawai veterinar mengaku tidak bersalah terima rasuah
Tertuduh, Mohd Razi Basar, 41 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3,500 antara November 2013 hingga Oktober 2014.