GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sindiket haram di ibu negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya masih menunggu pengisytiharan harta daripada pegawai kanan terbabit.
"Kes berkenaan akan dibawa kepada timbalan pendakwa raya bagi arahan selanjutnya untuk pertuduhan atau sebaliknya.
"Selain itu, kes ini masih dalam siasatan kami dan selepas 28 April ini pegawai penyiasat SPRM akan menyegerakan tindakan penyiasatan berhubung apa yang dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di sini, hari ini.
Azam berkata selepas menerima notis pengisytiharan harta daripada pegawai penyiasat SPRM, beliau memberikan tempoh dua minggu kepada pegawai terlibat untuk menyiapkan laporan akhir kes berkenaan.
Menurutnya, proses penyiasatan perlu mengikut undang-undang sebelum pertuduhan dilakukan meskipun terdapat penemuan wang tunai di premis milik pegawai kanan polis terbabit.
"Ada satu perkara yang mengikut undang-undang kita perlu patuhi yang mana beliau telah diberi notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 yang menghendaki dia (pegawai kanan polis) untuk mengisytiharkan hartanya," katanya.
Pada 23 Mac lepas, seorang pegawai kanan polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Berikutan itu, hasil pemeriksaan di beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.
Sementara itu, Azam mendedahkan sebanyak 22 kes jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pelbagai isu di Gua Musang ini dikesan SPRM dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata antara kesalahan dikesan membabitkan isu penguatkuasaan, pendidikan, pentadbiran, hal mineral dan hutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada sidang media selepas perasmian Pejabat Suruhanjaya SPRM Cawangan Gua Musang hari ini. - Foto Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.

Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind