KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan, telah dipilih sebagai salah seorang Imam Solat Terawih sepanjang bulan Ramadhan di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom.
Mantan Timbalan Imam Besar, Masjid Negara ini adalah bekas pelajar Darul Quran Jakim sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar diperingkat ijazah sarjana muda dan di Universiti Malaya pada peringkat ijazah sarjana serta Doktor Falsafah.
“Selain memimpin solat terawih sepanjang Ramadhan, saya juga diminta menjadi tenaga pengajar asas tahfiz Al Quran di sana," ujarnya yang juga merupakan bekas Pensyarah Darul Quran Jakim menerusi kenyataan media di Facebook Jakim.
Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara Jakim dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr. Afifi Al Akiti merangkap Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak.
“Ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan Universiti terbaik dunia kepada JAKIM dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh diperingkat antarabangsa”, ujar Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee yang turut hadir ke KLIA untuk mengucapkan selamat berlepas kepada Dr Amru.
Astro Awani
Mon Mar 28 2022
Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara Jakim dan Pusat Islam Oxford. - Gambar FB Jakim
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
Pegawai Jakim dipilih imamkan solat Tarawih di Universiti Oxford
Mantan Timbalan Imam Besar, Masjid Negara ini adalah bekas pelajar Darul Quran Jakim sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar diperingkat ijazah sarjana muda dan di Universiti Malaya