BERKENALAN dengan kanak-kanak perempuan di platform media sosial dan mempengaruhi mereka untuk melakukan hubungan seks. Trend itu didapati semakin berkembang dan membimbangkan.
Golongan lelaki hidung belang itu akan memujuk mangsa dengan kata-kata indah dan mengaburi mata mereka dengan hadiah sebelum mangsa didedahkan dengan perlakuan lucah.
Kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu, kemudian berani untuk mengakses laman web yang memaparkan aksi lucah dan melihat gambar tidak senonoh sehingga ketagihan.
Pelaku kemudian mengambil kesempatan berjumpa dengan mangsa yang akhirnya menjebakkan mereka kepada perlakuan seks bebas.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam kejadian ini, pelaku atau suspek akan mengambil kesempatan dengan merakam perlakuan seks mereka, sama ada untuk tujuan kewangan mahupun peribadi.
Menurutnya, bagi tempoh dua tahun iaitu 2021 dan 2022, sebanyak 3,360 kes rogol dilaporkan.
“Pada tahun 2021, sejumlah 1,605 kes direkodkan manakala tahun 2022 mencatatkan 1,755 kes, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 150 kes.
“Dalam tempoh itu, kategori usia 13 hingga 15 tahun ialah peratusan mangsa tertinggi iaitu 1,788 kes, diikuti kategori 16 hingga 18 tahun (706 kes), atas 18 tahun (530 kes), 10 hingga 12 tahun (325 kes), enam hingga sembilan tahun (58 kes) dan bawah enam tahun (13 kes),” katanya eksklusif kepada Sinar Harian.
Siti Kamsiah berkata, usia 13 hingga 15 tahun mencatatkan jumlah tertinggi kerana peringkat itu merupakan peralihan daripada umur kanak-kanak kepada peringkat awal remaja.
Katanya, golongan berkenaan paling terdedah dengan internet dan platform media sosial.
“Salah satunya perasaan ingin mencuba, pendedahan kepada perkara baharu di internet selain didorong oleh penyalahgunaan internet dan media sosial oleh pihak yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak,” katanya.
Mendedahkan modus operandi pelaku, beliau berkata, suspek atau golongan pedofilia melihat kecenderungan kanak-kanak di media sosial seperti meminati artis, idola dan sebagainya.
Menurutnya, pelaku akan mula mendekati mangsa di media sosial seperti Instagram, OMI, Michat, TikTok dan Wechat untuk berkenalan sebagai rakan sebelum membina hubungan bagi mendapatkan kepercayaan mangsa.
“Dari situ pelaku akan mula bercakap perkara berunsur seksual, memujuk dan meletakkan mangsa ke dalam satu tekanan hingga menyerahkan gambar atau video lucah.
“Mangsa yang menganggap mereka disayangi kemudian menyerahkan gambar atau video bogel dan sebagainya,” katanya.
Siti Kamsiah berkata, suspek terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kebanyakan lebih berusia kerana memiliki sumber kewangan yang mampu mengumpan dari segi hadiah dan wang ringgit.
“Perasaan ingin mencuba menyebabkan kanak-kanak mudah terjebak dengan aktiviti seks bebas dan berdasarkan statistik kes seksual, 70 peratus mangsa ialah kanak-kanak,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, mangsa yang terjerat diugut akan disebarkan gambar atau video perlakuan mereka kepada ahli keluarga.
“Ada kes suspek ugut dan sebar gambar atau video atas faktor mangsa tidak mahu mengikut kehendak untuk melakukan hubungan seks.
“Ada juga kes di mana kanak-kanak ini diugut supaya memberikan wang tunai dan ada mangsa telah mengandung hingga akhirnya terdesak dan menceritakan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.
Jelasnya, pada tahun 2021, terdapat 183 kes bagi kes ugutan bagi tujuan sebar gambar atau video lucah mangsa, manakala tahun 2022 pula sebanyak 133 kes.
Katanya, kes seumpama itu ibarat satu trend yang melanda golongan kanak-kanak hari ini.
“Ada pelaku yang mempunyai ramai kekasih termasuk kanak-kanak untuk timbal balas seks dan kewangan.
“Suspek tidak mengambil masa lama hingga mereka boleh terjebak dengan seks dan ada yang mengambil masa hanya dalam satu atau dua hari. Ini ibarat seks bebas dan mereka tiada lagi peduli hal agama serta prinsip kerana mahu mencuba,” katanya.
Kes buang bayi meningkatSiti Kamsiah berkata, kes rogol di negara ini berada pada tahap membimbangkan kerana 70 peratus mangsa ialah kanak-kanak.
Dedahnya, dalam tempoh dua tahun itu, purata keseluruhan mangsa yang mengandung akibat kes rogol ialah sebanyak 22.44 peratus atau 754 orang.
“Bagi tahun 2021 sebanyak 22.74 peratus iaitu 365 orang, manakala tahun 2022 pula sebanyak 22.17 peratus iaitu seramai 389 orang,” katanya.
Beliau berkata, terdapat peningkatan kes buang bayi yang dipercayai membabitkan golongan bawah umur dan orang dewasa yang mengamalkan seks bebas tanpa nikah pada tahun ini.
Menurutnya, perlakuan sumbang itu dipengaruhi perbuatan menonton video lucah dan seumpamanya.
“Polis percaya video sumbang mangsa juga dijual oleh suspek di grup tertutup seperti di Telegram.
“Kumpulan ini ada pengikut yang mahukan pornografi kanak-kanak kerana polis mengesan wujudnya komuniti ini berdasarkan kes dan siasatan yang dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat dan memantau laman web lucah selain penguatkuasaan dalam penyalahgunaan medium Internet dan media sosial.
Pantau gajet anakPemantauan ketat termasuk penggunaan gajet oleh anak-anak perlu dilakukan bagi melindungi mereka daripada terjebak dengan pengaruh negatif di internet.
Siti Kamsiah berkata, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak termasuk penggunaan gajet.
“Semak laman sesawang yang anak pernah layari dan mengambil tahu semua platform media sosial yang sering mereka gunakan.
“Ini kerana ada kes yang kita terima kanak-kanak perempuan menggunakan telefon bimbit ibunya untuk menonton video lucah selepas didedahkan perkara itu oleh rakannya,” katanya.
Jelasnya, ibu bapa perlu menegur perlakuan anak sekiranya mendapati mereka terlalu taasub mempamerkan atau memuat naik aktiviti harian di media sosial.
Katanya, anak-anak tidak memikirkan atau menyedari bahawa tindakan mereka itu boleh mengundang perhatian pelaku seksual.
“Selain itu, ibu bapa mesti peka mengenai trend jenayah masa kini dan menyampaikan kebimbangan dan kesedaran jenayah kepada pengetahuan anak-anak agar lebih berhati-hati dalam pergaulan,” katanya.
Tambah Siti Kamsiah, usah berdiam diri atau bersekongkol dengan pelaku untuk menyelesaikan kes dengan cara mudah atau perbuatan yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak tanpa mengambil tindakan untuk membela hak mangsa.
“Segera buat laporan polis supaya penjenayah mendapat hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya, malah ia sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan lebih ramai kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, dalam usaha mengatasi jenayah seumpama itu, PDRM akan terus meningkatkan program dan pencegahan jenayah seksual melibatkan kerjasama pelbagai peringkat dan agensi yang bertujuan memberi kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat.
“Kita akan memperkasakan keperluan sumber manusia dan sumber logistik bagi meningkatkan keupayaan dan membanteras jenayah ini,” katanya.
Siti Kamsiah berkata, jenayah itu akan memberi impak negatif pada masa depan kanak-kanak.
“Jika ramai kanak-kanak hanyut dan runtuh selepas terjebak dengan kes sebegini, ia akan menghancurkan masa depan negara,” katanya.
JENAYAH KES ROGOL
Tahun 2021 - 1,605 kes
Tahun 2022 - 1,755 kes
JUMLAH = 3,360 kes
PECAHAN KATEGORI MANGSA ROGOL
- Bawah 6 tahun - 13 orang
- 6 hingga 9 tahun - 58 orang
- 10 hingga 12 tahun - 325 orang
- 13 hingga 15 tahun - 1,788 orang
- 16 hingga 18 tahun - 706 orang
- Atas 18 tahun - 530 orang
JUMLAH = 3,420 orang
MANGSA ROGOL YANG HAMIL
Tahun 2021 - 365 orang
Tahun 2022 - 389 orang
JUMLAH = 754 orang
MODUS OPERANDI
- Cari mangsa di media sosial
- Berkenalan
- Pujuk dan beri hadiah hingga jadi kekasih
- Terjebak dengan pelakuan seks
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 15 2023

Empat lelaki didakwa atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 29 Julai tahun lalu. - Foto fail. (Gambar kecil: Siti Kamsiah).

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wajah ‘orang baik’ juga mungkin pemangsa kanak-kanak - Pengasas Buku Jalanan Chow Kit
Pemangsa kanak-kanak tidak semestinya berwajah jahat seperti yang digambarkan oleh filem, sebaliknya pemangsa juga boleh datang dalam kalangan individu dengan wajah yang segak.

Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi
Pengendali plarform media sosial dikritik tidak serius dalam menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki dan menggunakan akaun media sosial media.

Kes culik Albertine Leo: Polis siasat motif termasuk kemungkinan suspek pedofilia
Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan Albertine Leo, termasuk kemungkinan suspek lelaki merupakan seorang pedofilia.

Pedofilia guna media sosial 'jerat' kanak-kanak
Golongan lelaki hidung belang itu akan memujuk mangsa dengan kata-kata indah dan mengaburi mata mereka dengan hadiah.

400 laman sesawang pedofilia, pornografi kanak-kanak disekat sehingga Ogos
Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lepas.

Lelaki pedofilia jalani hukuman penjara 20 tahun, 19 sebatan
Seorang lelaki pedofilia perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 19 sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan dan menghasilkan pornografi.

PDRM terima puluhan ribu alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
Akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.

Pemain Everton ditahan atas dakwaan salah laku seks terhadap kanak-kanak
Media melaporkan pemain berkenaan merupakan pemain utama pasukan dan sudah berkahwin.

Tiada kes pedofilia di perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan - Timbalan Menteri
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak menerima sebarang laporan berhubung kes pedofilia yang didakwa berlaku di sebuah perkampungan di Negeri Sembilan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Indonesia tahan lelaki Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak jalanan
Polis menemui banyak video di komputer riba miliknya menunjukkan suspek, Francois Camille Abello mencabul lebih daripada 300 kanak-kanak.