KUALA LUMPUR: Pemangsa kanak-kanak tidak semestinya berwajah jahat seperti yang digambarkan oleh filem, sebaliknya pemangsa juga boleh datang dalam kalangan individu dengan wajah yang segak.


Ringkasan AI
  • Pemangsa kanak-kanak boleh kelihatan seperti individu biasa dan tidak semestinya berwajah jahat.
  • Kempen yang mudah difahami diperlukan untuk mendidik kanak-kanak dan ibu bapa tentang bahaya berinteraksi dengan orang asing.
  • Mengajar kanak-kanak dan ibu bapa mengenai anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain sebagai langkah pencegahan.


Pengasas Bersama Buku Jalanan Chow Kit, Siti Rahayu Baharin berkata ini menuntut kepada kempen yang mudah dihadam oleh kanak-kanak untuk lebih berwaspada berinteraksi dengan individu di luar bilik mereka. 

“Pengantun kanak-kanak atau pedofil ini masalahnya mereka ini nampak seperti manusia biasa. Kalau dalam drama dan filem, digambarkan orang jahat dengan wajah yang buruk dan menakutkan. 

“Tetapi realitinya pemangsa kanak-kanak ini berkemungkinan mukanya tidak menggerunkan. Bagaimana anak-anak dan ibu bapa hendak mengecam pemangsa? 

“Contohnya, saya hantar anak ke sekolah dengan menggunakan perkhidmatan bas sekolah, bagaimana untuk kita tahu apa ada dalam diri seseorang?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Antara kempen yang dicadangkan oleh Siti Rahayu ialah memperkenalkan kepada kanak-kanak dan ibu bapa mengenai anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain ketika berada di luar bilik.

Wajah ‘orang baik’ juga mungkin pemangsa kanak-kanak – Pengasas Buku Jalanan Chow Kit