KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk memecah monopoli Touch 'n Go (TNG) dalam sistem pengangkutan dan jalan raya negara dilihat wajar agar dapat mewujudkan persaingan sihat selain memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna terutama dalam proses pembayaran tol di lebuh raya.
Penganalisis ekonomi dari Fakulti Perniagaan Universiti Kuala Lumpur Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, penambahan penyedia perkhidmatan selain TNG amat dialu-alukan dan diharap mampu menangani masalah kesesakan di plaza tol.
"Penambahan pesaing akan memperbaiki lagi mutu perkhidmatan TNG sendiri kerana dengan adanya persaingan yang baik maka ia akan memberikan kesan yang positif kepada pemegang taruh.
"Hal ini secara langsung akan memberikan banyak faedah kepada pengguna termasuk perkhidmatan yang lebih kompetitif, murah dan berkesan," katanya kepada Bernama.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program dialog anak muda 'Temu Anwar' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memaklumkan kerajaan akan mempertimbang semula monopoli TNG dalam pengangkutan dan jalan raya.
Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) tersebut dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 anak muda yang berpeluang bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin nombor satu negara itu.
Turut senada Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Fakulti Perniagaan Putra Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kebiasaannya, syarikat yang memonopoli sesuatu perniagaan kurang berinovasi dan lebih cenderung mengenakan harga lebih tinggi.
Beliau berkata walaupun kadar tol dikawal oleh kerajaan, perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat TNG didapati kurang memuaskan terutama dalam mengendali soal pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Pengguna tiada pilihan menyebabkan syarikat monopoli ini mengambil kesempatan ke atas pengguna, contohnya penjualan kad TNG dan tag RFID dengan harga yang tinggi," katanya.
Ahmed Razman berkata jalan terbaik dalam menangani permasalahan itu adalah dengan melaksanakan satu sistem yang boleh menerima pelbagai jenis pembayaran.
"... ramai ada idea mengenai perkara ini namun apa yang penting, kerajaan meneliti semua idea ini dengan terperinci dan melaksanakannya tanpa ada lagi monopoli kerana antara matlamatnya ialah memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna," katanya.
Bagi Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Haslinda Abdullah, keputusan untuk mempertimbang semula TNG hanya akan memberi impak sekiranya ia membabitkan kesan secara terus kepada pengguna.
"Kepentingan pengguna ini kalau dapat diberi fokus akan memberi dampak yang sangat positif kepada kerajaan sedia ada tetapi keputusan itu juga harus mengambil kira perjanjian lalu supaya kerugian di pihak kerajaan dapat diminimumkan," katanya.
Tinjauan di laman sosial Twitter pula mendapati orang ramai bersetuju dengan saranan itu malah mencadangkan jenis pembayaran yang boleh dilakukan.
Ciapan di akaun Twitter @shawn35154099 berharap sistem lebih canggih dan mudah akan digunakan selain memastikan tiada lagi kesesakan di plaza tol manakala @nonsnonsnons pula menulis "Tak kisahlah monopoli atau tak, yang penting cara bayaran kena pelbagai, boleh guna kad kredit, kad debit, kredit terus dalam bil telefon atau hantar bil dekat rumah. Kalau tak bayar jangan bagi perbaharui lesen.
@5unaidiy pula menciap "Cadangan saya kat tol dah boleh letak pelbagai pilihan pembayaran berbanding hanya TNG seperti kad kredit atau pembayaran secara imbasan macam negara-negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Penambahan penyedia perkhidmatan selain TNG amat dialu-alukan dan diharap mampu menangani masalah kesesakan di plaza tol. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.

Perdana Menteri janji beri perhatian isu monopoli Touch 'n Go
Beliau menjawab pertayaan salah seorang peserta program Temu Anwar yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli Touch 'n Go.

Isu perkhidmatan Touch 'n Go, KPDN tubuh pasukan khas - Salahuddin
KPDN akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.

TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS
TNG Digital Sdn Bhd raih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta daripada Lazada Group serta pemegang-pemegang saham yang lain.

TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian
Kempen SMO akan berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember, bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan pembelian dalam talian.

ERL lanjut diskaun 15 peratus e-dompet TNG hingga 31 Disember
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) melanjutkan promosi diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket menggunakan aplikasi e-dompet Touch 'n Go sehingga 31 Disember ini.

PLUS mantapkan operasi lebuh raya untuk perjalanan musim perayaan sewaktu PKPB
PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang di beberapa plaza tol utama lebuh raya dipatuhi.

e-Tunai Rakyat: Kerajaan kaji masukkan terus ke BSH
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan wang RM30 yang dikhususkan untuk program e-Tunai Rakyat ke dalam akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan sempena Krismas
Bagi pengguna di Lembah Klang yang ingin menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor, mereka dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.