Sejak Januari 2023 kerjasama antara PDRM dan Whoscall ini telah berjaya mengurangkan kadar menjawab panggilan penipuan scam, dengan 41% panggilan yang disekat oleh pengguna Whoscall adalah berdasarkan data yang disediakan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Malah dalam tempoh 11 bulan ini sehingga November 2023, kadar menjawab panggilan scam menurun 50% hasil dari perkongsian data.
Lanjutan dalam mempergiat aktiviti membendung scam, hari ini PDRM dan Whoscall mengumumkan pemberian 1 juta akaun Whoscall Premium dengan fungsi-fungsi seperti ID Pemanggil, Sekat Panggilan Spam secara Automatik, Kemas Kini Pangkala Data Scammer secara Automatik serta fungsi baharu iaitu Panggilan ID Whatsapp dan Pengimbas URL tanpa sebarang iklan.
Anda boleh menebus Whoscall Premium menggunakan kod promo [ PDRMLawanScams] di laman rasmi Whoscall dan boleh menggunakan akaun tersebut selama setahun dan sebanyak 1 juta akaun premium sahaja yang boleh ditebus.
Tawaran penebusan percuma akaun Whoscall Premium ini akan dibuka sehingga 31 Mac 2024. - Amanz