KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kredibiliti, kecekapan dan kemahiran pegawai-pegawai polis harus diperkasa bagi memastikan kualiti pencegahan dan pembanterasan jenayah berada pada tahap tertinggi.
Beliau berkata ini kerana pemerhatian dan penilaian masyarakat terhadap pasukan itu berkisar kepada kebolehupayaan polis membendung jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa penjenayah selain penguatkuasaan undang-undang dalam penyiasatan perlu dilaksanakan dengan sebijaknya.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang mengamalkan birokrasi dan 'pilih bulu' dalam menjalankan siasatan kes.
"Kualiti maklumat risikan jenayah menentukan hasil operasi dan untuk mendakwa pesalah di mahkamah. Justeru, kita harus memperkasakan kredibiliti, kecekapan dan kemahiran para pegawai bagi memastikan kualiti crime prevention (pencegahan jenayah) dan crime suppression (pembanterasan jenayah) adalah pada tahap tertinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara Bulan Julai 2023 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah) di Bukit Aman, di sini hari ini.
Sementara itu, Razarudin menetapkan dua fokus utama perlu digerakkan secara keseluruhan yang memerlukan pelaksanaan agresif dan pemantauan berterusan di setiap peringkat pasukan dalam memberikan perkhidmatan kepolisan terbaik agar PDRM kekal mendapat kepercayaan masyarakat.
"Fokus pertama adalah perkhidmatan PDRM bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik manakala fokus kedua adalah mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat," katanya.
Beliau berkata aspek integriti kekal menjadi keutamaan dan asas yang perlu menjadi budaya seluruh warga pasukan PDRM kerana integriti utuh akan menjadi benteng daripada terjebak melakukan kemungkaran, sekali gus dapat mengecilkan dan menutup segala ruang melakukan rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Kata Razarudin, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang mengamalkan birokrasi dan 'pilih bulu' dalam menjalankan siasatan kes. - Gambar fail/BERNAMA
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.
Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai pada Isnin malam.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sultan Pahang zahir kebimbangan pencemaran udara Balok
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan Balok Baru, Kuantan.
[TERKINI] Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, dibebas ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan serta dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.
Parlimen Didesak Lulus Pindaan Perlembagaan dan Perhalusi RUU Perkhidmatan Parlimen
Beberapa pertubuhan bebas telah menggesa Parlimen agar meluluskan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 2025 serta memperhalusi Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen (PSA).

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.