KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti perkaitan antara pengendali perniagaan perkhidmatan kiriman wang secara haram di negara ini, dengan jenayah berat yang lain seperti jenayah terancang termasuklah perjudian haram dan penipuan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya dalam proses menganalisis urus niaga tunai serta transaksi kewangan mencurigakan, melibatkan 39 akaun bank dengan jumlah dana RM47 juta dari tahun 2021 sehingga 2023.
"Ini ekoran peranan pengendali tersebut mungkin didorong sebagai pemudah cara dalam membantu aktiviti haram lain melalui pergerakan dana," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) di sini, hari ini.
Ayob Khan berkata pemindahan wang secara haram ke luar negara, telah meningkatkan saiz ekonomi bayangan, yang dianggarkan sekitar 18 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar atau RM275 billion.
"Antara aktiviti jenayah kewangan yang dikesan menyumbang kepada ekonomi bayangan ialah kesalahan tanda dagangan, pemindahan dana ke luar negara menerusi saluran tidak sah dan gejala rasuah," katanya.
Dalam pada itu, Ayob Khan turut memaklumkan, premis bagi menjalankan kegiataan perniagaan kiriman wang secara haram di Sarawak telah dikesan berselindung di sebalik perniagaan lain, seperti kedai runcit dan telekomunikasi demi mengaburi mata pihak berkuasa.
Beliau berkata PDRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), telah mengadakan operasi khas ke atas pengendali perniagaan tanpa lesen itu semalam, dengan sejumlah lapan premis di beberapa kawasan di Sarawak diserbu dan 17 warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.
"Aktiviti kiriman wang ini melibatkan destinasi ke Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina... jadi melibatkan pekerja asing, mungkin sebab mereka tiada dokumen dan tak boleh buka akaun bank. Namun, itu bukan alasan untuk mereka menggunakan perkhidmatan penghantaran wang tanpa lesen," katanya dan menambah premis sedemikian beroperasi di kawasan yang mempunyai jumlah pekerja asing yang tinggi.
Ayob Khan berkata kesemua premis berkenaan diserbu secara serentak, melibatkan masing-masing dua premis di Sibu, Selangau dan Batu Niah, serta masing-masing satu premis di Mukah dan Bekenu, dengan keseluruhan rampasan wang tunai berjumlah kira-kira RM1 juta serta 1.1 juta rupiah (RM332).
Ayob Khan berkata pengendali perniagaan itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan berkemungkinan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
"Kita akan adakan lebih banyak serbuan selepas ini. Mungkin juga ada premis (haram ini) ada mempunyai kaitan dengan sindiket dan ada juga yang menggunakan konsep sama dengan hawala (penghantaran wang 'bawah tanah').
"Tindakan ini adalah suatu amaran kepada mana-mana pengendali perniagaan perkhidmatan kewangan secara haram yang lain, untuk menghentikan sebarang operasi yang tidak berlesen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) pada sidang media mengenai operasi kiriman wang haram di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - Foto BERNAMA
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Ambil tahu isyarat amaran banjir, bunyi berbeza dengan polis, bomba - Dr Ching Thoo
Orang ramai perlu cakna dan ambil tahu bunyi siren amaran banjir sebagai langkah kesiapsagaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kes buruh paksa: Pengurusan tertinggi GISB antara 24 individu direman sekali lagi
Seramai 24 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes buruh paksa.
Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), syarikat serta individu berkaitan dengannya, bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.
GISB: N.Sembilan ambil tindakan selepas dapat keputusan pihak berwajib
Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang perkara berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di negeri ini selepas mendapat keputusan daripada pihak berwajib.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.