KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua skim penipuan pelaburan yang sedang aktif mencari mangsa di platform WhatsApp dan Telegram melibatkan kerugian hampir RM2 juta.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata sehingga semalam pihaknya telah membuka masing-masing 22 kertas siasatan dan 48 kertas siasatan ke atas skim pelaburan terbabit.
Setakat semalam beliau berkata kerugian satu daripada skim pelaburan itu mencecah RM708,400 sementara kerugian satu skim lagi ialah RM661,672.16.
Noorsiah berkata dalam satu kenyataan hari ini kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, kedua-dua skim pelaburan ini menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk mencari mangsa dengan menjanjikan pulangan sekitar 50 hingga 100 peratus dalam tempoh tiga hingga enam jam setelah pelaburan dibuat.
"Mangsa yang berminat akan diminta untuk membuat pendaftaran melalui pautan yang diberikan seterusnya membuat pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket.
"Mangsa kemudiannya akan dimaklumkan telah mendapat keuntungan namun dikenakan pelbagai syarat tambahan sekiranya ingin membuat pengeluaran," katanya.
Noorsiah menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.
"Maklumat lanjut mengenai tawaran pelaburan boleh diperolehi dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
PDRM telah membuka masing-masing 22 kertas siasatan dan 48 kertas siasatan ke atas skim pelaburan terbabit. - Gambar/ Unplash @Dima Solomin
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Skim penipuan pelaburan 'Sencapital', mangsa rugi hampir RM7 juta
Skim itu dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.
220 laporan skim penipuan pelaburan Zuttelo, kerugian lebih RM84 juta
Skim ini tawar sembilan pakej dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dan pulangan minimum 16.5 peratus sebulan.
PDRM siasat 2 skim penipuan pelaburan babit kerugian hampir RM2 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua skim penipuan pelaburan yang sedang aktif mencari mangsa di platform WhatsApp dan Telegram melibatkan kerugian hampir RM2 juta.