Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan tiga wanita dan seorang budak perempuan dipercayai warga asing susulan kes kehilangan sebentuk cincin bernilai kira-kira RM5.2 juta di ibu negara, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pihaknya masih mengumpul maklumat dalam usaha mengenal pasti identiti kesemua individu terlibat.
"Kita percaya mereka masih berada di negara ini. Kita juga telah mengambil langkah meminta bantuan pihak Imigresen (untuk mengesan suspek) di pintu masuk dan keluar negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam insiden kira-kira 3 petang itu, kumpulan wanita dan kanak-kanak itu dilaporkan memasuki kedai barang kemas eksklusif di pusat beli-belah di Bukit Bintang.
Namun, budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dipercayai menyelinap untuk mengambil kunci tempat cincin itu dipamerkan sebelum mencuri barang berharga itu dan meletakkan semula kunci berkenaan di tempat asal.
Polis telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek.
Bernama
Sun Jan 19 2014
![PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385739384_295x200.jpg)
ACP Khairi Ahrasa - Gambar Fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Usaha mengesan suspek kes bunuh anggota polis cawangan khas selesai Usaha mengesan suspek kes bunuh anggota polis cawangan khas selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/81356099668_295x200.jpg)
Usaha mengesan suspek kes bunuh anggota polis cawangan khas selesai
Polis percaya usaha mengesan suspek yang membunuh T. Thivakaran selesai dengan penahanan seorang anggota polis.
![PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385739384_295x200.jpg)
PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pihaknya masih mengumpul maklumat dalam usaha mengenal pasti identiti suspek.
![14 lelaki ditahan di Danau Kota 14 lelaki ditahan di Danau Kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/81356099668_295x200.jpg)
14 lelaki ditahan di Danau Kota
Polis menahan 14 lelaki dipercayai anggota kumpulan samseng yang bergaduh di sebuah pusat hiburan di Danau Kota pada Jumaat.