Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan bantahan terhadap beberapa perkara membabitkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara perkara yang mendapat bantahan banyak pihak dalam PDRM ialah usul menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga membantah hasrat untuk memberi kuasa kepada IPCMC bagi menangani masalah dalam agensi penguatkuasaan undang-undang, bukan sekadar memberi syor tatatertib.
Katanya, isu tersebut menarik perhatian lebih 145,000 warga PDRM, sama ada yang masih berkhidmat atau sudah tamat perkhidmatan.
"Kita adakan mesyuarat tergempar beberapa hari lalu ekoran beberapa keputusan yang asalnya kita terima, tetapi kebelakangan ini, tentangan telah disuarakan secara menyeluruh oleh ahli PDRM.
"Ada beberapa perkara yang diusulkan jawatankuasa terlibat, terutama yang berkaitan dengan usaha menarik kuasa SPP di bawah Perkara 140, iaitu isu berkaitan tatatertib dan siasatan yang telah diambil alih IPCMC.
"Usul ini menerima banyak tentangan daripada ahli Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP), Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa)," katanya.
Mohamad Fuzi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan acara jualan buku ‘Mes PDRM Pada Era 100 Tahun' di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Menurutnya, PDRM akan mengusulkan bantahan berkaitan perkara itu dan telah menulis surat kepada pucuk pimpinan negara.
BACA: Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC
Langkah susulan akan diambil, termasuk pertemuan antara ketiga-tiga persatuan itu dengan Perdana Menteri berhubung bantahan tersebut.
Perkara 140 Perlembagaan menyatakan SPP yang dipengerusi Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan, promosi dan juga semua isu-isu mengenai tatatertib pegawai polis.
BACA: IRC saran IPCMC ganti EAIC
Pada 13 November lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah meminta kerajaan menyatakan garis masa bagi penubuhan IPCMC.
Beliau juga bertanya mengenai langkah bagi memastikan IPCMC benar-benar bebas serta mempunyai kuasa menangani masalah dalam agensi penguatkuasaan undang-undang, bukan sekadar memberi syor tatatertib seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebelum ini.
BACA: Pelaksanaan IPCMC tidak adil kepada PDRM - Exco Pemuda UMNO
Pada 4 April lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata IPCMC bebas untuk melakukan siasatan terhadap badan penguat kuasa itu dan kerajaan tidak akan campur tangan bagi menangani sebarang aduan mengenai polis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan penubuhan IPCMC untuk menyiasat kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat yang didakwa membabitkan polis Cawangan Khas seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
BACA: Kehilangan paksa Raymond, Amri: PDRM kesal dakwaan Suhakam
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, proses maklum balas daripada pelbagai pihak yang berkaitan diperlukan sebelum IPCMC dimuktamadkan.
Katanya, walaupun pihak kerajaan bersetuju untuk memperkasakan IPCMC, perkara itu masih memerlukan pemahaman mendalam.
BACA: PDRM tidak tolak IPCMC tapi mahu hak polis dalam perlembagaan dikekal - Fuzi
Pada 19 Mac lalu, Mohamad Fuzi memaklumkan pihaknya akan menyerahkan memorandum berkaitan IPCMC kepada kepimpinan kerajaan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, memorandum hasil daripada perbincangan menerusi mesyuarat tergempar dengan PPKP dan PPRP itu masih dalam proses penelitian bagi memastikan ia dirangka secara menyeluruh.
Astro Awani
Thu May 02 2019
Mohamad Fuzi melihat buku sempena Majlis Jualan Buku Mes PDRM Pada Era 100 Tahun di Menara Bukit Aman hari ini. --fotoBERNAMA
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.