Kelihatan seorang adik sedang duduk di bawah naungan payung besar itu bersama sebuah meja dan sebuah kerusi kosong.
Jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari. Matahari yang berada tepat di atas kepala dengan bahang dan cahayanya yang merelit bagaikan tidak diendahkan oleh adik tersebut.
Kami memberhentikan kereta seraya mendekati adik tersebut. Rupanya adik yang memberitahu namanya Nabilah itu sedang mengikuti sesi PdPR meskipun cuaca panas terik.
Dia terpaksa duduk di bawah payung di hadapan rumah, di tepi jalan demi mendapatkan capaian internet yang ada, kerana di kawasan Bukit Nyamuk tersebut capaian internet begitu lemah dan hampir tiada. Menurut adik Nabilah, capaian internet di hadapan rumah itu walaupun lemah namun lebih kuat berbanding capaian internet di dalam rumah.
Mendengar aduan Nabilah, hati saya menjadi sendu, pilu dan pasrah, tetapi kagum dan bangga dengan usaha beliau.
Saya mengambil kesempatan tersebut untuk berbicara dengan gurunya yang sedang rancak mengajar subjek Sains tingkatan dua, Cikgu Izan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Kahang di Johor.
Melalui suara beliau yang bersemangat dan juga bahan bahan yang dipaparkan di skrin, Cikgu Izan pastinya seorang yang berdedikasi dan berjiwa kental.
Saya pasti Cikgu Izan agak terkejut ketika saya menyapa beliau. Maafkan saya Cikgu ...
* Dr Maszlee Malik merupakan bekas Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.