PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menanti kepimpinan Malaysia bagi mengukuhkan agenda hak asasi manusia ASEAN dan menyuntik semangat baharu ke dalam respons antarabangsa kepada krisis, termasuk keadaan yang menimbulkan bencana di Myanmar, apabila ia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk berkata isu itu merupakan antara yang ditekankan dalam perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, pada Selasa.
Beliau berkata tiga tahun selepas rampasan kuasa tentera di Myanmar, lebih tiga juta orang terpaksa berpindah secara dalaman, dengan keperluan bantuan kemanusiaan yang ketara dan rakyat terdesak untuk satu penyelesaian terhadap keganasan dan huru-hara.
Turk berkata Malaysia telah membuat bantahan jelas kepada rampasan kuasa tentera dan menjadi tuan rumah kepada pelarian dari Myanmar, termasuk Rohingya.
"Dalam perbincangan saya dengan satu kumpulan terdiri daripada pelbagai pelarian dari Myanmar, dan pegawai Kerajaan Malaysia, terdapat bukti harapan terhadap ASEAN yang tinggi untuk menyelesaikan krisis semasa dalam Myanmar dengan bantuan kemanusiaan dan perlindungan kepada orang awam di barisan hadapan sambil tidak terlepas pandang keperluan mendesak kepada keadaan yang tidak dapat dipertahankan.
"Peranan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di masa hadapan adalah kuncinya," kata beliau dalam sidang media di penghujung lawatannya ke Malaysia pada Selasa.
Sementara itu , Turk berkata pembangunan Pelan Tindakan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia yang pertama merupakan satu perkembangan yang dialu-alukan dan berharap ia akan dapat dimuktamadkan tidak lama lagi selari dengan Prinsip PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.
Beliau berkata terdapat banyak kemajuan dalam konteks penerapan hak asasi manusia di Malaysia berbanding 20 tahun lampau dan ada perubahan nyata dalam undang-undang, sikap dan kewujudan masyarakat madani beberapa tahun lepas.
"Bagaimana sesebuah masyarakat melayan mereka yang paling rentan adalah satu ukuran utama kemajuan dan sememangnya satu ujian litmus untuk perlindungan sosial dan hak asasi manusia. Saya menyambut baik wawasan negara Malaysia MADANI yang merupakan tentang kemanusiaan, keterangkuman dan kemampanan selain daripada tadbir urus yang adil dan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024
Turk berkata Malaysia telah membuat bantahan jelas kepada rampasan kuasa tentera dan menjadi tuan rumah kepada pelarian dari Myanmar, termasuk Rohingya. - Foto BERNAMA
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
Lebih 115,000 rakyat Syria kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad - PBB
Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi OCHA, Jonathan Whittall, pada Selasa.
PBB kecam operasi ketenteraan Israel sasarkan hospital di Gaza
PBB menegaskan pendirian dengan mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, termasuk hospital.
Serangan Israel di lapangan terbang Yaman boleh lumpuh bantuan kemanusiaan - PBB
Julien Harneis memberi amaran sekiranya lapangan terbang Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
OIC sambut baik permintaan PBB untuk pandangan ICJ berhubung kewajiban Israel
OIC memuji usaha Kerajaan Norway serta semua negara yang menjadi penaja bersama dan menyokong resolusi itu.