GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan membentangkan "Pelan Pengurusan Krisis Sungai Muda" (SM-CMP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi melindungi pengguna air di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata pembentangan itu membabitkan beberapa cadangan senarai penyelesaian kejuruteraan bekalan air berdaya maju dan kos efektif, yang akan lebih melindungi pengguna air Pulau Pinang daripada kesan insiden Sungai Muda di Kedah pada masa hadapan.
"Penyelesaian ini termasuk menyelesaikan masalah di saluran paip pelepasan kecemasan 400 juta liter sehari (JLH), kerja-kerja prarawatan air mentah, kemudahan takungan air mentah pinggiran sungai (TAPS), kolam pengimbang 2 Sungai Dua dan naik taraf kerja-kerja rawatan Sungai Dua," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Pathmanathan berkata pelan SM-CMP dicadangkan susulan maklum balas, aduan dan ketidakpuasan hati orang ramai yang berdepan dengan kekerapan berlakunya krisis bekalan air.
Katanya, PBAPP memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan sebanyak 676,857 pengguna air di Pulau Pinang dan kira-kira 465,004 atau (68.7 peratus) daripada mereka bergantung kepada air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang merawat air mentah yang diabstrak dari Sungai Muda.
"Sejak Julai 2022, terdapat tiga krisis air di seluruh negeri di Pulau Pinang .... Air Banjir Baling 1 pada Julai 2022; Penurunan Mendadak Paras Sungai pada Mei 2023 dan Air Banjir Baling 2 pada September 2023. Kesemua tiga kejadian itu berpunca daripada insiden yang melibatkan Sungai Muda yang berasal dari Kedah.
"Tanpa SM-CMP, bekalan air mereka di Pulau Pinang berkemungkinan terjejas setiap kali kejadian Sungai Muda berlaku," katanya.
Sementara itu, Pathmanathan berkata Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) yang sepatutnya disiapkan pada tahun ini ditangguhkan lagi dan dijadualkan semula ke awal Januari 2024 yang membabitkan pemasangan saluran paip berdiameter 7km x 1.6m dari Rumah Pam Mak Sulong berhampiran Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) ke Terusan Sungai Dua.
"Ketika ini, PBAPP hanya boleh melepaskan maksimum 300JLH daripada EMD. Tiga ratus JLH tidak mencukupi. LRA Sungai Dua memerlukan kira-kira 1,100 JLH air mentah setiap hari untuk menghasilkan 1,000 JLH air terawat.
"Apabila Fasa 2B dimulakan, kapasiti pengeluaran maksimum akan ditingkatkan kepada 600 JLH. Jika kita tambah pada cadangan saluran paip pelepasan kecemasan 400 JLH baharu (seperti yang dicadangkan di bawah SM-CMP), jumlah kapasiti pengeluaran maksimum EMD seterusnya ialah 1,000 JLH, yang akan cukup hampir dengan 1,100 JLH yang LRA Sungai Dua perlukan untuk beroperasi secara optimum," katanya.
Beliau turut merayu kepada kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan penyelesaian Fasa 2B secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Pathmanathan berkata pelan SM-CMP dicadangkan susulan maklum balas, aduan dan ketidakpuasan hati orang ramai yang berdepan dengan kekerapan berlakunya krisis bekalan air.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
PBAPP akan bentang Pelan Pengurusan Krisis Sungai Muda
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan membentangkan "Pelan Pengurusan Krisis Sungai Muda" (SM-CMP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi melindungi pengguna air di negeri ini.