KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) yang bermula Sabtu lepas mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima kedatangan lebih 50,000 pengunjung sehari, selepas dua tahun dilaksanakan secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2022 Mohd Khair Ngadiron berkata berdasarkan jumlah tersebut, beliau yakin sasaran 700,000 sehingga sejuta pengunjung dapat dicapai.
"Pada mulanya kita risau juga PBAKL 2022 ini tidak dapat sambutan, risau orang ramai masih takut nak keluar rumah selepas pandemik COVID-19. Mungkin disebabkan kerinduan rakyat Malaysia terhadap buku, sambutan kali ini menjadi sangat luar biasa," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran itu antaranya mempromosikan pesta buku tersebut di media sosial, meletakkan gegantung dan papan iklan di sekitar Lembah Klang.
Mohd Khair berkata PBAKL 2022 menampilkan kelainan dari segi pengisian program, selain buat julung kali diadakan secara hibrid iaitu gabungan secara fizikal bermula 3-12 Jun, manakala secara dalam talian bermula 1-15 Jun bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia menyertai acara berkenaan.
"Dari segi pengisian program, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari seperti pertunjukan buku, bual bicara dan sebagainya. Kita juga adakan program Laman Santai Seni yang melibatkan pemuisi dan penyanyi untuk menarik minat orang ramai," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung M. Shavinashiny, 16, yang pertama kali menghadiri pesta buku itu berasa teruja kerana dapat bertemu dengan ramai penulis buku.
"Saya datang ke sini untuk mencari buku rujukan pelajaran serta novel. Saya sangat gembira dapat bertemu ramai orang termasuk penulis di sini," katanya.
Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Abd Raziq Ghazali, 22, berkata penganjuran PBAKL 2022 secara fizikal mengimbau kembali kemeriahan pesta buku itu seperti sebelum negara dilanda wabak COVID-19.
"Kali terakhir saya menghadiri PBAKL ialah pada 2019 dan saya sangat gembira akhirnya ia diadakan secara fizikal semula selepas dua tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran itu antaranya mempromosikan pesta buku tersebut di media sosial. - Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.

Mencari petanda sihat industri buku di PBAKL 2022
Adakah angka ratusan ribu peminat buku yang mengunjungi PBAKL 2022 sejak 3 Jun lalu mencerminkan industri ini sudah tidak lagi tenat?

PBAKL 2022 mampu capai sasaran lebih 700,000 pengunjung
Pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran itu antaranya mempromosikan pesta buku tersebut di media sosial.