KOTA BHARU: Tindakan tegas termasuk mengubah sistem bekalan akan diambil sekiranya masalah ketirisan minyak masak bersubsidi ke negara jiran terus berlaku, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata langkah tersebut antara yang dicadangkan selepas siasatan pasukan khas tersebut mendapat bukti yang cukup berkait ketirisan minyak masak bersubsidi yang cukup besar ke negara jiran.
Beliau berkata ketirisan yang berlaku menyebabkan pekan-pekan di negara jiran itu yang terletak berhampiran sempadan negara tidak putus bekalan minyak masak bersubsidi yang dijual pada harga antara RM7 hingga RM8 sekilogram.
"Siasatan mendapati minyak masak bersubsidi negara dijual berkarton-karton dalam kotak, bila datang dalam bentuk kotak yang belum dibuka ertinya datang terus dari kilang-kilang yang membuat pembungkusan.
"Hasil siasatan juga mendapati ada keterlibatan pihak tertentu. Saya tidak boleh umumkan di sini apa yang kita akan lakukan cuma saya nak katakan kita sedang bekerja keras, mereka yang terlibat jangan rasa boleh terlepas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Korban Perdana dan Majlis Akikah 2022 Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata tindakan awal sudah diambil bagi menangani masalah ketirisan minyak masak bersubsidi itu.
"Kalau saya sebut secara terperincil gagallah kerja-kerja yang jawatankuasa ini sedang jalankan, memadai dengan saya kata kita sudah ada cukup maklumat. Tindakan sudahpun diambil tetapi ada beberapa lagi (tindakan) akan diambil.
"Nasihat saya, tolong hentikan sebab kalau sistem yang ada sekarang ini tidak juga dapat diperbaiki (sehingga berlaku ketirisan) saya akan mempertimbangkan merombak keseluruhan sistem bekalan minyak bersubsidi," katanya.
Annuar berkata pihaknya menyedari sekiranya rombakan terhadap sistem bekalan minyak bersubsidi dilakukan ia mungkin akan memberi kesan kepada perniagaan yang tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan, namun keperluan rakyat perlu lebih diutamakan.
"Ia mungkin akan menjejaskan peluang perniagaan bagi sesetengah orang tetapi kita tidak boleh mengutamakan beberapa peniaga (perlu) utamakan rakyat kerana rakyat di bawah tidak dapat bekalan sedangkan kerajaan belanja RM4 bilion.
"Saya faham mungkin ada peniaga yang akan terjejas kalau kita rombak keseluruhan sistem tetapi kalau itu perlu dilakukan, kita akan lakukan," katanya.
Annuar berkata ketika ini satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan minyak masak telah dikenal pasti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Jadi dalam tempoh dua bulan ini, kita telah ada satu pelan tindakan untuk mengatasi sementara bekalan yang tidak cukup di (peringkat) peruncit.
"Langkah bagaimana tidak perlu diumumkan tetapi perlu stabilkan bekalan di kedai-kedai. Kedua-dua pihak penguat kuasa dan pasukan petugas tambahan sedang menjalankan tugas dan mereka akan melaporkan kepada saya," katanya.
Annuar berkata beliau akan bertemu 22 pengilang minyak masak pada minggu depan.
"Saya sendiri nak sampaikan mesej tegas mereka mesti bekerjasama kekang kebocoran dan ikut peraturan. Kalau usaha ini juga gagal macam saya katakan, saya tidak teragak-agak ubah keseluruhan sistem selagi minyak subsidi disalah guna, jawatankuasa yang saya pengerusikan akan bertindak tegas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Annuar pada sidang media sempena Program Korban Perdana dan Akikah 2022 Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala Peringat hari ini. - Foto BERNAMA
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
PM mahu penugasan penguat kuasa pelbagai agensi diselaras, ketirisan ditangani secara berkesan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penugasan badan penguat kuasa pelbagai agensi diselaras dengan baik supaya ketirisan dan kebocoran hasil negara dapat ditangani secara berkesan.
Setiap sen hasil subsidi diesel dipulangkan kepada rakyat seadilnya - PM Anwar
Anwar berkata penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerana berlaku ketirisan melampau bahan bakar itu.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.
Laporan bulanan kemajuan projek kerajaan mampu elak ketirisan - KSN
Mohd Zuki berkata, dengan kaedah pelaporan secara bulanan itu, segala perincian kos akan dikemukakan secara lebih jelas dan telus.
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
SPRM tekad kurangkan ketirisan, kembalikan aset dan dana negara - Azam Baki
Rasuah mempengaruhi sistem politik, ekonomi dan sosial negara ini serta menelan habis harapan rakyat dan mengorbankan masa depan generasi akan datang.
JPDP siasat dakwaan ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat
Ketirisan data itu didakwa telah dimuat naik oleh seorang penggodam dalam laman sesawang BreachForums dan aplikasi Telegram pada 3 dan 4 Julai lalu.
Elak ketirisan sumber negara - Pemangku Raja Perlis
Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar berusaha mengelakkan berlakunya ketirisan sumber negara.