KUALA LUMPUR: Pelaporan secara bulanan mengenai kemajuan pelaksanaan projek kerajaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu mengelakkan ketirisan bagi setiap projek, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mohd Zuki berkata dengan kaedah itu, segala perincian kos akan dikemukakan secara lebih jelas dan telus termasuk penelitian pelbagai isu seperti analisis ke atas aliran tunai, isu teknikal dan sebagainya.
Katanya pelaporan bulanan itu juga dapat memantau dan meneliti pelaksanaan setiap inisiatif atau projek berimpak tinggi bagi memastikan ia mengikut perancangan serta semua projek kerajaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
"Sekiranya terdapat kelewatan, tindakan pembaikan dapat diambil dengan segera.
"Pendekatan sebelum ini juga akan diteruskan, namun akan ditambah baik dengan penekanan baharu di mana ini memerlukan komitmen semua pihak dan perkara-perkara penting akan terus dilaporkan kepada Jemaah Menteri," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Mohd Zuki berkata melalui pelaporan secara bulanan itu, rakyat juga dapat melihat setiap projek kerajaan dilaksanakan secara telus tanpa campur tangan pihak tidak berkepentingan.
"Malah, projek yang dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada rakyat, dapat diselesaikan dengan cepat dan telus," katanya.
Ditanya sama ada kontraktor yang gagal menyempurnakan projek mengikut masa ditetapkan akan disenarai hitam, beliau berkata siasatan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui sebab berlakunya kelewatan sesuatu projek.
"Sekiranya kontraktor didapati gagal mematuhi syarat-syarat kontrak, maka kontraktor terbabit boleh disyorkan untuk disenaraihitamkan," katanya.
Terdahulu, Anwar dilaporkan mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara sebelum dimaklumkan kepada beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Mohd Zuki berkata, melalui pelaporan secara bulanan, rakyat dapat melihat setiap projek kerajaan dilaksanakan secara telus tanpa campur tangan pihak tidak berkepentingan. - Gambar fail/BERNAMA
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Laporan bulanan kemajuan projek kerajaan mampu elak ketirisan - KSN
Mohd Zuki berkata, dengan kaedah pelaporan secara bulanan itu, segala perincian kos akan dikemukakan secara lebih jelas dan telus.
PM Anwar arah KSU, ketua jabatan kemuka laporan bulanan kemajuan projek kerajaan
Katanya, laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.