PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan penjimatan daripada penyasaran subsidi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan akan dikembalikan kepada rakyat seadilnya.
Sebelum ini, Anwar berkata penjimatan menerusi penyasaran subsidi diesel akan dikembalikan kepada rakyat khususnya bagi menampung keperluan pengangkutan awam dan suntikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
"Kita tidak dera rakyat miskin. Setiap sen tambahan, kita pulangkan balik," katanya ketika berucap pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini.
Anwar berkata penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerana berlaku ketirisan melampau bahan bakar itu khususnya melibatkan penggunaan oleh kapal nelayan asing.
"Jumlah kenderaan mungkin naik sekitar lapan peratus tapi penggunaan diesel naik 20 ke 30 peratus, maknanya yang lain itu bocor.
"Tiris siapa bayar? Negara bayar... wang itu sepatutnya disalurkan ke pendidikan, kesihatan, untuk orang miskin tapi hilang kepada penyakau ini dan sebab itu kita kena buat penyasaran," katanya.
Perdana Menteri juga mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan atau perkhidmatan meskipun menerima subsidi diesel.
Menteri Kewangan itu berkata subsidi diesel ketika ini masih diteruskan kepada golongan berhak merangkumi nelayan, pengusaha bas sekolah dan pekebun kecil.
Mengambil contoh perkhidmatan bas sekolah yang menerima subsidi diesel, beliau berkata pengusaha bas berkenaan bakal berdepan tindakan lesen dibatalkan jika menaikkan harga perkhidmatan mereka.
"Kita bagi amaran, kamu diberi subsidi (diesel)... jika kamu naik (harga) juga dalam keadaan kamu dapat subsidi, kami tarik lesen kamu dan batalkan syarat," katanya.
Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula 10 Jun iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor berkata untuk tempoh seterusnya, harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.
Bagaimanapun, beliau berkata penyasaran subsidi diesel itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Anwar berucap pada majlis Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. —fotoBERNAMA

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
AWANI Tonight 12 March 2025
AWANITonight with Hafiz Marzukhi
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
AWANI Tonight: Trump’s Tariffs on Steel, Aluminium Take Effect
In the latest move from Washington, levies on all U.S. aluminium and steel imports came into effect at midnight, impacting numerous nations from Brazil to South Korea. The measure under U.S. President Donald Trump imposes a flat 25 percent duty on steel and aluminium entering the country, removing all previous exemptions.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Kementerian Perpaduan Negara ketengahkan etnik Portugis, Chetti demi meraikan kepelbagaian - TKSU
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif mengetengahkan etnik-etnik minoriti dalam negara seperti etnik Portugis dan Chetti di Melaka. Jelasnya, langkah ini bagi memastikan kaum-kaum majoriti turut menghargai kepelbagaian yang sedia-ada di Malaysia. #AgendaAWANI

Konsep Negara Bangsa jadi fokus KPN bentuk masyarakat bersatu padu
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memilih tema 'Harmoni Dalam Kepelbagaian' dan Konsep Negara Bangsa sebagai fokus utama tahun ini.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI

Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.

Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.