Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan pasport diplomatik milik Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra.
Menurutnya, pihaknya hanya mengeluarkan pasport itu selepas mendapat kelulusan daripada Wisma Putra.
"Pasport diplomatik itu diuruskan Wisma Putra. Imigresen hanya akan keluarkan pasport selepas mendapat kelulusan berhubung kepada siapa sepatutnya ia diberikan.
"Kita memang ada tiga jenis pasport, iaitu dipPasport diplomatik Shafee diuruskan Wisma Pulomatik, rasmi dan biasa," katanya pada Majlis Kerjasama Strategik Jabatan Imigresen Malaysia bersama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.
Mustafar berkata demikian ketika ditanya mengenai pasport diplomatik dimiliki Muhammad Shafee selepas Mahkamah Sesyen semalam memerintahkam peguam itu menyerahkan pasport antarabangsa dan diplomatik miliknya.
Semalam, Muhammad Shafee yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Azura Alwi turut membenarkan permohonan peguam Harvinder Singh, yang mewakili Muhammad Shafee supaya jaminan sebanyak RM500,000 dibayar pada hari ini dan baki selebihnya diselesaikan pada 18 September ini.
Hakim itu turut memerintahkan Muhammad Shafee untuk menyerahkan dua pasport iaitu antarabangsa dan diplomatik kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Sinar Harian
Fri Sep 14 2018
Jabatan Imigresen hanya mengeluarkan pasport itu selepas mendapat kelulusan daripada Wisma Putra. - Gambar fail
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Pasport Shafee diuruskan Wisma Putra
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan pasport diplomatik milik Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra.
Mohon permit khas pembantu rumah dalam talian mulai 1 Jan 2018
Mulai 1 Jan tahun depan, majikan boleh mendapatkan permit khas pembantu rumah asing daripada Jabatan Imigresen yang dibuat melalui sistem dalam talian.
Menggaji PATI, 84 majikan ditangkap - Mustafar Ali
Seramai 84 majikan ditangkap dan sebahagiannya telah menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana didapati menggaji pekerja asing bekerja asing, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.
Jabatan Imigresen jumpa 13 kedutaan berhubung pelaksanaan e-Kad
Tiga belas kedutaan negara sumber diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program e-Kad untuk PATI dalam satu perjumpaan dengan Jabatan Imigresen di sini, hari ini.
Tiada ejen atau orang tengah dilantik untuk uruskan e-Kad - KP Imigresen
Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah bagi menguruskan proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).
E-Kad untuk majikan mohon penggajian semula PATI secara sah - Mustafar
Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah.
Penalti lebih berat kepada majikan ambil pekerja secara haram
Kerajaan sedang dalam rancangan meminda Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968 terutamanya pada bahagian penalti yang akan dikenakan kepada pihak yang melanggar undang-undang, kata Datuk Paul Low.
Denda dikenakan jika hilang pasport - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan mengenakan denda terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan.
Tiada toleransi jika terlibat rasuah - Mustafar
Tiada toleransi jika terlibat rasuah, itu amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali kepada kakitangannya yang terlibat dengan rasuah.