Pasaran buruh terbukti bertambah baik pada Julai 2020 manakala kadar pengangguran negara mencatat penurunan bagi tempoh dua bulan berturut-turut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurutnya, perangkaan tenaga buruh bagi Julai 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan hari ini menunjukkan kadar pengangguran turun kepada 4.7 peratus selepas mencecah kadar tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2020 (Jun 2020: 4.9 peratus).
"Bilangan penganggur pada Julai 2020 adalah seramai 745,100 orang iaitu berkurangan sebanyak 28,200 orang berbanding Jun 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mustapa, sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.
Beliau menjelaskan, sebahagian besar peningkatan ketara itu dapat dilihat dalam sektor perkhidmatan termasuk penginapan, aktiviti makanan dan minuman, kesenian, hiburan dan rekreasi, pengangkutan dan aktiviti berkaitan teknologi maklumat serta komunikasi seperti e-dagang dan e-hailing (e-panggilan).
"Keadaan pasaran buruh yang semakin baik ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang kian pulih. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang merangkumi tiga sektor utama iaitu perlombongan, pembuatan dan elektrik mencatat pertumbuhan positif pada kadar 2.1 peratus Julai 2020 berbanding tempoh sama pada 2019 setelah mengalami penguncupan bagi empat bulan berturut-turut sejak Mac," katanya.
Beliau berkata, peningkatan IPP didorong oleh pertumbuhan indeks pembuatan yang berkembang sebanyak 2.9 peratus.
Bagaimanapun, indeks perlombongan dan indeks elektrik masing-masing mencatatkan penyusutan 3.0 peratus dan 5.1 peratus.
Selain itu, kata Mustapa, nilai jualan sektor pembuatan turut mengekalkan pertumbuhan positif pada Julai sebanyak 1.9 peratus kepada RM119.3 bilion daripada RM117 bilion pada Julai 2019.
"Ini disumbangkan terutamanya oleh produk makanan, minuman dan tembakau yang mencatat peningkatan sebanyak 24.9 peratus manakala produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain 14.3 peratus dan produk peralatan elektrik dan elektronik sebanyak 8.4 peratus," katanya.
Prestasi perdagangan borong dan runcit juga semakin pulih dengan nilai jualan perdagangan borong dan runcit merekodkan RM108.7 bilion pada Julai 2020 iaitu penurunan lebih kecil sebanyak 3.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.
"Pencapaian ini lebih baik berbanding dengan penguncupan sebanyak 8.4 peratus pada Jun 2020 dan merupakan nilai jualan tertinggi semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan disebabkan oleh COVID-19.
"Pemulihan pasaran buruh dan aktiviti ekonomi itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk membuka semula ekonomi secara beransur-ansur sejak Mei 2020 yang lalu membolehkan lebih banyak perniagaan beroperasi dan kini hampir semua aktiviti ekonomi telah dibuka semula," katanya.
Mustapa turut menyifatkan rangsangan ekonomi dilaksanakan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk membantu rakyat dan merancakkan aktiviti ekonomi, juga dapat mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.
"Walaupun pasaran buruh semakin pulih sepertimana disasarkan, kerajaan sedar dan prihatin bahawa bilangan penganggur sebanyak 745,100 orang masih tinggi berbanding dengan purata seramai 494,000 orang bagi tempoh 2016-2019.
"Tambahan pula, masih terdapat 104,300 orang (908,900 orang pada Jun 2020) yang tidak bekerja buat sementara waktu seperti mereka yang diberhentikan kerja untuk sementara.
"Golongan ini tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka masih mempunyai pekerjaan dan akan kembali bekerja.
"Justeru, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negara supaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan lebih ramai penggangur dapat kembali bekerja supaya negara berada dalam keadaan guna tenaga penuh," katanya.
--BERNAMA
TAG:
, Mustapa Mohamed, ,
Bernama
Fri Sep 11 2020

perangkaan tenaga buruh bagi Julai 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan hari ini menunjukkan kadar pengangguran turun kepada 4.7 peratus. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.