KUALA TERENGGANU: Pasar Payang yang dibangunkan semula dengan kos sebanyak RM69.3 juta dijangka beroperasi sepenuhnya November ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerja-kerja akhir sedang dilaksanakan dan hanya terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum kompleks tersebut diserahkan pemaju kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata projek yang dibiayai sepenuhnya oleh dana Persekutuan itu diharap dapat memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung, seterusnya merancakkan lagi sektor pelancongan Terengganu.
"Saya dah tinjau kerja-kerja di sini (Pasar Payang) dan hanya ada beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti soal kecacatan sebelum diserahkan kepada kepada kerajaan negeri.
"Setelah kerajaan menyalurkan dana yang banyak untuk projek ini, kita harap kompleks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan terus menjadi ikon pelancongan negeri," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Pasar Payang semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT Datuk Saidatu Akhma Hassan dan Datuk Bandar Kuala Terengganu Rosli Latif.
Beliau berkata kompleks Pasar Payang itu akan menempatkan 414 peniaga yang terlibat dalam proses pemindahan sebelum ini manakala bangunan Pasar Payang 2 yang sedang beroperasi pada masa ini akan diteruskan dengan fungsi berbeza.
Terdahulu Akmal Nasrullah turut melawat beberapa projek kerajaan Persekutuan termasuk Bengkel Pembuatan MyKiosk di Kampung Padang Paloh di sini dan meninjau tahap kemajuan sistem perparitan berhampiran kawasan Perumahan Kastam ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, di sini.
Beliau berkata berdasarkan lawatan, projek MyKiosk yang dilengkapi dengan sistem solar itu akan siap dan dapat diagihkan kepada peniaga pada tahun ini.
Pada lawatan itu beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 bagi pelaksanaan 10 projek menaik taraf dan penyelenggaraan jalan raya di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.
Menurut beliau sehingga hari ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM28.2 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Terengganu untuk kerja-kerja baik pulih infrastruktur awam, perparitan, kolam takungan, MyKiosk dan cerun.
"Kerajaan tidak pernah membezakan mana-mana negeri dalam soal peruntukan, malah kalau dari segi keperluan seperti soal perparitan hasil lawatan tadi, walaupun sebenarnya tidak ada perancangan... KPKT dah tambah sebanyak RM680,000 peruntukan untuk tahun ini," katanya.
Selain itu Akmal Nasrullah berkata kerajaan sentiasa bersedia menyalurkan bantuan bersesuaian dari masa ke masa sekiranya projek yang dianugerahkan dilaksanakan dengan baik dan menepati perancangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Kompleks Pasar Payang baharu ini (gambar) akan menempatkan 414 peniaga yang terlibat dalam proses pemindahan sebelum ini manakala bangunan Pasar Payang 2 yang sedang beroperasi ketika ini akan diteruskan dengan fungsi berbeza. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Pasar Payang beroperasi November ini - KPKT
Hanya terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum Kompleks Pasar Payang diserahkan pemaju kepada kerajaan negeri.
Kemah boh! Bahang PRN dirasai segenap pelosok Terengganu
Memasuki enam hari kempen sempena #6NegeriMemilih, rata-rata masyarakat di Terengganu sedar kepentingan PRN kali ini.
Rasa keropok lekor di Pasar Payang 'lebih isi ikan' dari tempat lain - Pengunjung
Pelbagai jenis produk tempatan dijual di sini yang bagi pengunjung, ia lokasi wajib dilawati sebelum mereka pulang.
Peniaga telur penyu di Pasar Payang akur larangan penjualan
Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun bersedia untuk mematuhi peraturan tersebut.
Pasar Payang dilanda banjir kilat malam tadi
Daerah yang terlibat hari ini ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman, malah proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa daerah lain pagi ini.
Peniaga Pasar Payang dibenar tangguh pindah selepas Aidilfitri
Ia berikutan rayuan yang dikemukakan peniaga terbabit untuk memberi mereka sedikit ruang sehingga selesai sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pasar Payang bakal diroboh, 51 tahun penuh kenangan
Wajah Pasar Payang yang selama ini menjadi ikon di negeri itu pasti akan berubah apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu.
Apa penyanyi Cinta Nusantara, Sheqal buat di Pasar Payang?
Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Cinta Nusantara itu memberitahu, sekalipun sibuk dengaan perniagaan, namun minat pada bidang nyanyian tidak pernah pudar.
Penjualan telur penyu di Pasar Payang tidak salah kerana ...
Telur penyu dijual di Terengganu khususnya di Pasar Payang bukanlah daripada penyu belimbing sebaliknya penyu agar dan penjualannya tidak menyalahi undang-undang.