KUALA LUMPUR: Aktiviti pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, akan dipindahkan ke Jalan TAR, susulan pembukaan Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 yang beroperasi mulai 9 April hingga 2 Mei depan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu akan bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu, sepanjang tempoh bazar berkenaan berlangsung.
"Sebahagian Jalan TAR akan ditutup untuk operasi pasar malam bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam (Sabtu) pada 9 April, 16 April, 23 April dan 30 April depan.
"Orang awam dinasihatkan supaya merancang perjalanan jika ingin ke lokasi Jalan TAR pada tarikh yang dinyatakan, bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan selain digalakkan menggunakan pengangkutan awam," menurut kenyataan DBKL, hari ini.
Warga kota disaran membuat perancangan sebelum mengunjungi bazar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan DBKL, bagi memastikan keselamatan pengunjung dan peniaga.
DBKL meluluskan 77 lokasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 akan memulakan operasi mulai 9 April hingga 2 Mei depan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Hari pertama Bazar Aidilfitri di Lorong TAR hambar
Susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.

Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman dihidupkan semula - Annuar Musa
Bazar Aidilfitri di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman akan dibuka semula pada 17 April ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19, kata Tan Sri Annuar Musa.

DBKL benarkan trak makanan beroperasi di Jalan Raja
Keputusan berkenaan dicapai dengan bayaran deposit dikenakan sebanyak RM3,000 bagi setiap peniaga.

Bazar Ramadan Lorong TAR ditempatkan di Jalan Raja tahun ini
Lokasi bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 200 meter.

Nasib 550 penjaja pasar malam Lorong TAR masih samar
Azkhalim Suradi berkata ini kerana mereka masih tidak dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).